Mariam Abd Majid, and Aisyah Humairak Abdul Rahman, and Usman, Abur Hamdi and Zainab Ismail, and Abu Syariah, Iman Abdul Rahman Mahmud (2024) Aplikasi teknik kumpulan nominal ubahsuai terhadap penilaian kebolehgunaan model pembangunan jati diri remaja delinkuen di Malaysia menurut perspektif Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 46 (1). 133 -142. ISSN 0216-5636
PDF
394kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1700
Abstract
Penilaian adalah peringkat penting dalam penghasilan produk menerusi pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan. Artikel ini mengemukakan penilaian terhadap kebolehgunaan model pembangunan jati diri remaja delinkuen di Malaysia menurut perspektif Islam yang dibangunkan. Fasa penilaian ini dilaksanakan menerusi aplikasi teknik kumpulan nominal ubahsuai berdasarkan persepsi pengguna (end user) model. Seramai enam orang pengguna dalam kalangan pengusaha, pengetua dan tenaga pengajar yang berpengalaman mengurus, membentuk, membangun dan memulihkan jati diri remaja di pusat-pusat pemulihan akhlak dipilih sebagai peserta. Peserta dikumpulkan dalam bengkel dan diberikan borang soal selidik yang menggunakan skala likert dalam penilaian kebolehgunaan model. Nilai skor pada skala ditukarkan dalam bentuk peratusan yang menentukan tahap kebolehgunaan. Hasil kajian mendapati kesemua empat (4) komponen utama bagi model pembangunan jati diri remaja delinkuen di Malaysia menurut perspektif Islam iaitu set induksi, pembangunan spiritual, pembangunan fizikal dan program susulan mendapat persetujuan kumpulan pengguna dengan nilai peratusan melebihi 70 peratus. Model yang dibangunkan sesuai digunakan sebagai panduan kepada pihak-pihak berkepentingan untuk membangun jati diri remaja delinkuen di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Teknik kumpulan nominal ubahsuai; Penilaian; Kebolehgunaan; Pembangunan; Jati diri; Remaja delinkuen; Malaysia; Islam |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 24156 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 10 Sep 2024 07:46 |
Last Modified: | 13 Sep 2024 08:50 |
Repository Staff Only: item control page