Cara tangani al-khauf (fobia) berdasarkan al-Quran

Najah Husna Muhammad Zawawi, and Siti Jamiaah Abdul Jalil, and Fariza Md Sham, and Hajar Nurma Wachidah, (2024) Cara tangani al-khauf (fobia) berdasarkan al-Quran. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 46 (1). pp. 153-164. ISSN 0216-5636

[img] PDF
349kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1700

Abstract

Fobia berkait dengan kecelaruan kebimbangan yang terhasil daripada perasaan takut yang melampau sehingga boleh menganggu kehidupan seharian seseorang. Al-Quran dipercayai merupakan mukjizat bagi kesejahteraan manusia dan salah satunya adalah menjadi sumber rawatan bagi penyakit jasmani dan rohani. Antara yang dibicarakan di dalam al-Quran ialah berkait dengan cara menghadapi ketidaktentuan perasaan seperti takut dan bimbang. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti ayat-ayat al-Quran yang berkait dengan asas penyakit fobia iaitu takut dan bimbang serta mengenal pasti kaedah menghadapinya. Metode analisis kandungan digunakan bagi menyaring ayat al-Quran berkaitan kebimbangan dan ketakutan dengan bantuan aplikasi Quran Al Kareem melalui sistem operasi iPad OS 13.1.2 dan aplikasi Quran for Android melalui sistem operasi Android. Hasil kajian mendapati, terdapat 105 ayat di dalam al-Quran membicarakan tentang perasaan takut atau bimbang yang merujuk kepada kalimah al-khauf. Daripada 105 ayat tersebut, terdapat 24 ayat yang mengandungi cara tangani al-khauf (CTK). Analisis daripada 24 ayat tersebut meringkaskan kepada 12 amalan atau cara untuk menangani atau menghindarkan diri daripada perasaan takut yang disusun mengikut keutamaan berdasarkan kekerapan yang dinyatakan di dalam ayat-ayat tersebut. Antara CTK yang dikenal pasti ialah beriman kepada Allah, rasul dan hari akhirat, bertakwa kepada perintah Allah SWT, dan tidak takut kepada syaitan, mengerjakan amal soleh dan sentiasa berbuat baik, mengikut petunjuk Allah melalui al-Quran dan hadis, memperbanyakkan solat, menyampaikan zakat/sedekah dan lain-lain lagi. Implikasi kajian ialah golongan pakar perubatan dan ahli psikiatri muslim boleh menerapkan kaedah dan elemen yang dianjurkan al-Quran dalam merawat dan mengurangi simptom fobia khususnya kepada pesakit Muslim.

Item Type:Article
Keywords:Fobia; Kesihatan mental; Psikologi Islam; Psikospiritual; Pembangunan insan
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:24158
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:10 Sep 2024 07:56
Last Modified:13 Sep 2024 08:52

Repository Staff Only: item control page