Rorlinda Yusof, and Tengku Elmi Azlina Tengku Muda, and Hakimie Zainal Abidin, and Azrina Md Azhari, and Siti Aishah Hassan, (2024) Kepimpinan dan hubungannya dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat program asasi pintar Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 27 (2). pp. 79-93. ISSN 0128-2735
PDF
353kB |
Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...
Abstract
Kajian ini mengkaji aspek ciri-ciri kepimpinan dan hubungannya dengan prestasi pencapaian pelajar pintar dan berbakat dalam program ASASIpintar. Seramai 164 orang pelajar ASASIpintar dari Pusat GENIUSpintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia dipilih secara rawak mudah untuk menjawab Instrumen Ciri Kepimpinan Pelajar. Statistik deskriptif yang melibatkan peratusan dan min, serta statistik inferensi (Pearson Correlation) digunakan untuk menganalisis data bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan pelajar ASASIpintar mempunyai tahap sederhana pada ciri kepimpinan (81.07%). Penemuan pada komponen ciri kepimpinan mendapati daripada 13 komponen, pelajar pintar program ASASIpintar memperoleh skor tinggi dalam komponen kolegialiti (89.24%), diikuti tingkah laku kepimpinan (88.31%), kecekapan mempengaruhi (87.27%), etika nilai (85.49%). Manakala skor sederhana tinggi pada hubungan kerja (85.49%), minda transformasi (83.10%), kebolehpercayaan (80.53%), seterusnya skor sederhana rendah pada komponen penghargaan kendiri (78.17%), motivasi kepimpinan (76.19%), kesepaduan (76.19%), efikasi kepimpinan (75.93%), kesedaran emosi (74.66%), dan kategori sederhana paling rendah pada komponen pemantauan kendiri (72.61%). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan korelasi positif yang lemah di antara ciri kepimpinan dengan pencapaian akademik (r [164] = 0.158, p = 0.04 (p >0.01). Implikasi kajian ini adalah dari segi kepentingan membangunkan nilai dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar pintar yang merupakan aset masa depan negara. Hasil dapatan kajian ini juga dapat menyumbang kepada penyediaan modul kepimpinan yang strategik dan terfokus untuk pelajar pintar dan berbakat dengan bersandarkan data-data empirikal mengikut komponen kepimpinan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pelajar pintar berbakat; Kepimpinan; Pencapaian akademik |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 24165 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 18 Sep 2024 00:25 |
Last Modified: | 19 Sep 2024 00:40 |
Repository Staff Only: item control page