Brendan, Kevin Kung and Ramalinggam Rajamanickam, and Muhammad Helmi Md. Said, (2024) Kebolehterimaan keterangan anjing pengesan di Amerika Syarikat. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 34 (1). pp. 64-79. ISSN 1394-7729
PDF
494kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1714
Abstract
Dengan teknologi yang semakin maju sepantas kilat, teknik penyiasatan forensik yang baharu telah dibangunkan. Walau bagaimanapun, beberapa sabitan dalam kes jenayah masih bergantung pada teknik lama dan tradisional, seperti penggunaan anjing pengesan atau K-9. Umum mengetahui bahawa, anjing ialah haiwan yang pintar dan mempunyai deria bau yang tajam. Pada awalnya, mahkamah di Amerika Syarikat teragak-agak untuk menerima keterangan anjing pengesan dan telah meluahkan kebimbangan, khususnya apabila anjing membuat inferens. Namun, keterangan anjing pengesan telah diterima oleh mahkamah di Amerika Syarikat sejak satu abad yang lalu. Memandangkan anjing tidak boleh masuk ke kandang saksi untuk memberikan keterangan di mahkamah, pengendali anjing dibenarkan untuk memberikan keterangan bagi anjingnya berhubungan dengan penjejakan dan pengesanan. Mahkamah di bidang kuasa lain telah menganggap pengendali anjing sebagai saksi pakar. Hal ini menyebabkan pendapat mereka boleh diterima sebagai keterangan pakar. Artikel ini mengupas isu berkaitan dengan penggunaan anjing pengesan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang di Amerika Syarikat. Selain itu, artikel ini juga membincangkan kebolehterimaan keterangan anjing pengesan oleh mahkamah di Amerika Syarikat. Metodologi yang digunakan dalam artikel ini adalah deskriptif, doktrinal, analitis dan preskriptif kerana keputusan kes, jurnal dan buku berkaitan dengan keterangan anjing pengesan dianalisis.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keterangan anjing pengesan; Amerika Syarikat; K-9; Penyiasatan kebolehterimaan |
Journal: | Jurnal Undang-undang dan Masyarakat |
ID Code: | 24206 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 19 Sep 2024 08:06 |
Last Modified: | 19 Sep 2024 08:06 |
Repository Staff Only: item control page