Mohd Hazwan Ismail, and Mohd Afiq Najhan Mahamad Isa, (2024) Analisis item nafkah selain keperluan asas dalam perintah nafkah. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 34 (1). pp. 93-106. ISSN 1394-7729
PDF
672kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1714
Abstract
Terdapat beberapa item nafkah yang boleh dituntut untuk memenuhi keperluan bagi penerusan kehidupan dengan pembayaran secara kos. Nafkah merupakan tanggungjawab seorang bapa kepada anaknya dan tanggungjawab suami kepada isterinya. Mahkamah akan memerintahkan pembayaran nafkah terhadap si bapa atau bekas suami apabila pihak-pihak yang berkahwin bercerai. Selain itu, bagi pihak lelaki yang berpoligami, mahkamah turut memerintahkan pembayaran nafkah kepada isteri pertama dan isteri seterusnya. Walau bagaimanapun, persoalan timbul tentang sejauh manakah keperluan asas tersebut seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, ditambah dengan pendidikan dan perubatan menurut undang-undang mencukupi kepada pihak penuntut. Analisis kajian kes mendapati bahawa terdapat pertambahan nafkah yang lain setelah dikaji beberapa kes-kes terdahulu yang telah diputuskan. Maka, objektif kajian ini adalah untuk meneliti dan juga menganalisis item-item nafkah yang dituntut oleh isteri, bekas isteri dan juga anak-anak yang boleh dijadikan kepentingan nafkah dan juga sebagai rujukan serta mungkin menjadi keperluan bagi zaman ini dan masa akan datang. Dalam kajian ini, metodologi yang digunakan ialah kajian kualitatif dengan mengumpul data secara kepustakaan dan menganalisis data daripada peruntukan undang-undang, artikel, jurnal, penulisan ilmiah serta kajian kes. Selain itu, kajian ini turut menggunakan kaedah temubual secara tidak berstruktur yang menemubual peguam-peguam yang mengendalikan kes-kes di mahkamah syariah. Hasil kajian mendapati bahawa antara item yang ditambah oleh pelanggan mahkamah syariah untuk dijadikan suatu kepentingan kini ialah bil-bil utiliti, insurans, tabung haji, pengangkutan dan percutian. Penulisan ini mencadangkan agar pemohon nafkah perlu memasukkan item-item tersebut dalam permohonan tuntutan nafkah agar ia menjadi kehidupan yang lebih berkualiti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Item nafkah; Keperluan asas; Perundangan; Mahkamah syariah |
Journal: | Jurnal Undang-undang dan Masyarakat |
ID Code: | 24208 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 19 Sep 2024 08:17 |
Last Modified: | 19 Sep 2024 08:17 |
Repository Staff Only: item control page