Prosedur rayuan mal di Mahkamah Syariah: analisis dari sudut undang-undang dan hukum syarak

Mohd Afizul Hakim Ibakarim, and Noor Aziah Mohd Awal, and Mohd Al Adib Samuri, (2024) Prosedur rayuan mal di Mahkamah Syariah: analisis dari sudut undang-undang dan hukum syarak. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 34 (1). pp. 107-124. ISSN 1394-7729

[img] PDF
695kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1714

Abstract

Rayuan merupakan salah satu prosedur yang terdapat di dalam statut tatacara mal di Mahkamah Syariah di semua negeri di Malaysia. Prosedur rayuan sesuai dilaksanakan bagi pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah. Walau bagaimanapun, persoalan sejauh mana perbezaan bidang kuasa mendengar rayuan di mahkamah syariah dan penerimaan syarak terhadap prosedur rayuan di dalam statut tatacara mal di Mahkamah Syariah adalah sesuatu yang wajar dibincangkan. Penulisan ini menjelaskan perbezaan bidang kuasa mendengar rayuan di mahkamah syariah dan menganalisis peruntukan prosedur rayuan yang bersesuaian dengan hukum syarak. Penulisan ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan perundangan tulen bagi mengumpulkan data untuk dianalisis dengan menggunakan metode analisis kandungan. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan bidang kuasa mendengar rayuan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018. Selain itu, setiap prosedur rayuan di dalam statut tatacara mal di Mahkamah Syariah mempunyai asas syarak. Penulisan ini juga menunjukan kepentingan memahami perbezaan bidang kuasa mendengar rayuan dan penerimaan syarak bagi setiap prosedur rayuan untuk pengamal undang-undang Syariah di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Rayuan; Bidang kuasa; Prosedur; Hukum syarak; Mahkamah Syariah
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:24209
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Sep 2024 08:23
Last Modified:26 Sep 2024 04:50

Repository Staff Only: item control page