Rafidah Abd Rahman, and Chin, Hua Chia and Noor Azlina Masdor, (2024) Peranan saiz nanozarah zink oksida dalam prestasi pemangkinan foto, perencatan bakteria dan ketoksikan. Sains Malaysiana, 53 (7). pp. 1677-1692. ISSN 0126-6039
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num7_...
Abstract
Nanozarah zink oksida (ZnO NP) telah diubah suai melalui pengisaran bebola untuk mengkaji kesan saiz zarah pada sifat dan prestasi bahan. Pengisaran serbuk ZnO komersial selama 6 dan 12 jam telah menghasilkan ZnO NP dengan purata saiz antara 13.2-36.5 nm. Pelbagai teknik pencirian termasuk spektroskopi UV-Vis, XRD, FESEM, TEM dan analisis potensi Zeta telah digunakan untuk menentukan morfologi zarah nano, struktur hablur, kestabilan dan sifat optik. Aktiviti fotomangkin terhadap degradasi metilena biru adalah lebih rendah untuk ZnO NP yang dikisar berbanding dengan ZnO NP tulen di bawah sinaran UV. Ujian antibakteria menggunakan kaedah resapan cakera agar menunjukkan zon perencatan terbesar terhadap patogen tumbuhan Xanthomonas oryzae pv. oryzae untuk ZnO NP tulen pada 100 mg/mL diikuti dengan ZnO NP yang dikisar 6 jam dan 12 jam. Ujian ketoksikan embrio ikan zebra menunjukkan penurunan kemandirian, kadar penetasan, kadar degupan jantung dan peningkatan kecacatan morfologi dan kematian yang bergantung kepada dos dan masa apabila terdedah kepada sampel ZnO NP. Kajian ini menunjukkan ketoksikan ZnO NP terhadap embrio ikan zebra dan fotomangkin adalah bergantung kepada saiz walaupun ujian antibakteria tidak dipengaruhi oleh saiz ZnO NP. Penemuan ini menunjukkan kepentingan pengoptimuman saiz nanozarah untuk aplikasi yang dikehendaki.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengisaran bebola; Pengubahsuaian bahan nano; Saiz zarah; Zink oksida |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 24247 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 24 Sep 2024 08:34 |
Last Modified: | 24 Sep 2024 08:34 |
Repository Staff Only: item control page