Foo, Han Lin and Hairulliza Mohamad Judi, (2024) Teknik persuasif bagi memperkasa pelajar institusi pengajian tinggi untuk pengawalan tabiat buruk: analisis keperluan pengguna dalam pembangunan aplikasi indomitable. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 16 (1). pp. 120-140. ISSN 1985-5826
PDF
513kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1722
Abstract
Tabiat buruk dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi merupakan isu yang penting dan semakin berkembang dalam masyarakat moden. Tabiat buruk tidak nampak begitu kritikal pada permulaannya, tetapi lama-kelamaan, ia menjadi isu serius yang tidak boleh diabaikan. Jika dibiarkan, tabiat ini boleh menimbulkan ancaman besar terhadap kesejahteraan individu, kesihatan awam, dan kestabilan ekonomi. Kepentingan penggunaan telefon pintar dan Internet telah menyumbang kepada peningkatan ketagihan tingkah laku, seperti permainan, media sosial, dan gangguan penggunaan Internet, serta memudahkan penyalahgunaan bahan, termasuk minuman keras. Selain itu, gaya hidup moden sering menyebabkan tabiat buruk seperti pengambilan makanan segera secara berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada masalah kesihatan kronik dan tekanan mental. Kebimbangan terhadap kesan negatif yang timbul dari tabiat buruk ini meningkat, termasuk impak terhadap kesejahteraan individu yang menjejaskan prestasi pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluan dan kesukaran pelajar dalam mengawal tabiat buruk yang berguna untuk membangunkan aplikasi mudah alih yang menggunakan teknik persuasif bagi memperkasa pelajar dalam mengatasi tabiat buruk tersebut. Kajian ini menggunakan Model Air Terjun sebagai metodologi pembangunan aplikasi. Fasa analisis keperluan meneliti permasalahan tabiat buruk yang dihadapi oleh pelajar, termasuk ketagihan penggunaan telefon pintar, penggunaan Internet, dan kekurangan aktiviti fizikal. Reka bentuk Aplikasi Indomitable menekankan fungsi yang penting dalam menyokong pengguna mengawal tabiat buruk, termasuk penjejak kemajuan, pengingat, dan elemen motivasi. Pengujian dan integrasi memastikan keberkesanan serta kebolehgunaan aplikasi ini dalam situasi sebenar penggunaan. Kajian ini menegaskan pentingnya mengatasi tabiat buruk dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi dan menawarkan penyelesaian inovatif melalui Aplikasi Indomitable yang menggunakan teknik persuasif. Sumbangan kajian ini memberikan sokongan yang diperlukan dan memperkasa pelajar dalam mencapai kesejahteraan yang lebih baik. Diharapkan aplikasi ini dapat memberikan sokongan yang diperlukan kepada pelajar dalam menghadapi cabaran tabiat buruk, serta memperkasa pelajar untuk mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik dalam kehidupan universiti dan selepas tamat pengajian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bad habits; Needs analysis; Persuasive; Self-control; Students of higher education institutions |
Journal: | Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education |
ID Code: | 24258 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 03 Oct 2024 03:59 |
Last Modified: | 04 Oct 2024 03:56 |
Repository Staff Only: item control page