Pembandaran, perubahan sosial dan peningkatan peranan wanita sebagai penjana pendapatan keluarga

Nik Hairi Omar, and Juliana Rosmidah Jaafar, (2024) Pembandaran, perubahan sosial dan peningkatan peranan wanita sebagai penjana pendapatan keluarga. AKADEMIKA, 94 (2). pp. 1-21. ISSN 0126-5008

[img] PDF
441kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725

Abstract

Perkembangan proses pembandaran di Malaysia sejak tahun 1957 sehingga kini telah secara signifikan mengubah peranan wanita dalam masyarakat. Fenomena pembandaran telah mengubah struktur, dinamika dan peranan tradisional wanita dalam unit sosial yang paling asas iaitu keluarga. Artikel ini mengutarakan persoalan sejauhmana proses pembandaran dan perubahan sosial yang dialami oleh Malaysia selepas merdeka sehingga kini telah memperlihatkan pengaruhnya ke atas perubahan peranan wanita daripada fungsi domestik kepada penjana pendapatan keluarga. Perkara ini diteliti berdasarkan trend data Banci Penduduk dan Perangkaan Penting, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Berdasarkan penelitian terhadap data pertumbuhan bandar bagi tempoh 1957 sehingga tahun anggaran 2025, analisis menunjukkan perkembangan tahap pembandaran telah mencorakkan pola peningkatan penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan pada jumlah yang drastik, begitu juga bagi data berkaitan peranan sebagai Ketua Isirumah (KIR). Pada masa sama, penelitian terhadap data enrolmen wanita dalam sektor pendidikan tinggi (matrikulasi, kolej dan universiti) juga meningkat ketara. Trend data dalam tempoh sama turut memperlihatkan wujudnya corak perkahwinan lewat usia dalam kalangan wanita bekerja (27-29 tahun) serta terdapatnya pola pemilikan saiz keluarga nukleus. Perubahan-perubahan yang berlaku antara tahun penelitian ini membolehkan suatu rumusan yang konkrit dibuat iaitu bahawa proses pembandaran yang berlangsung telah mengubah peranan wanita daripada fungsi domestik kepada fungsi penjana pendapatan keluarga. Sejajar dengan peningkatan peranan wanita dalam sektor ekonomi dan perubahan demografi yang diakibatkan olehnya, wanita memerlukan sokongan dan persekitaran yang kondusif agar dapat memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan. Ini termasuk polisi dan program yang menyokong keseimbangan kerja-kehidupan, peluang kerjaya yang adil serta pembahagian tugas rumah tangga yang lebih seimbang.

Item Type:Article
Keywords:Pembandaran; Perubahan sosial; Peranan; Wanita; Penjana pendapatan keluarga
Journal:AKADEMIKA
ID Code:24264
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:09 Oct 2024 06:40
Last Modified:09 Oct 2024 06:40

Repository Staff Only: item control page