Norfaizah Othman, and Mariani Abdul-Majid, and Suhaila Nadzri, and Siti Aisyah Zahari, (2024) Penggunaan teknologi pertanian dan kesejahteraan ekonomi pekebun kecil industri kelapa sawit. AKADEMIKA, 94 (2). pp. 54-75. ISSN 0126-5008
PDF
2MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725
Abstract
Penggunaan teknologi dalam pertanian kelapa sawit meningkatkan pengeluaran minyak sawit. Walaupun penggunaan teknologi dalam pertanian sangat signifikan, kebanyakan pekebun kecil enggan beralih kepada teknologi baharu serta teragak-agak untuk melabur dalam teknologi baharu. Hal ini menjejaskan jumlah pengeluaran, produktiviti dan pendapatan pekebun kecil. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan semasa pekebun kecil dan penggunaan teknologi pertanian dalam kehidupan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan melaksanakan temu bual separa berstruktur dalam kalangan pekebun kecil di Selangor. Teori domestikasi digunakan sebagai garis panduan pembangunan rangka kerja konseptual dan sebagai panduan untuk wawancara separa berstruktur. Data temu bual dianalisa dan analisis tematik telah digunakan bagi mengeluarkan tema-tema yang bersesuaian dengan objektif kajian. Penemuan menunjukkan kebanyakan pekebun kecil telah menggabungkan teknologi pertanian dalam kehidupan seharian mereka terutama dalam aktiviti pembajaan, pembenihan dan penuaian. Penemuan ini mampu memperluaskan pengetahuan penyelidik berkenaan dengan pengadaptasian teknologi pertanian melalui fasa teori domestikasi. Oleh itu, kajian ini memberikan implikasi penting kepada pekebun kecil untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi mereka dengan penggunaan teknologi pertanian dalam aktiviti pengurusan pertanian seperti penanaman, pembenihan, pembajaan, aplikasi racun herba dan penuaian. Kejayaan penggunaan teknologi pertanian dalam kalangan pekebun kecil akan membolehkan mereka melaksanakan aktiviti harian mereka sebagai petani dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan ekonomi dalam jangka masa panjang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Teknologi pertanian; Pekebun kecil; Industri kelapa sawit; Kesejahteraan ekonomi |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 24266 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 09 Oct 2024 06:46 |
Last Modified: | 09 Oct 2024 06:46 |
Repository Staff Only: item control page