Buah Buton: simbol pengaruh kedudukan adat dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan

Fakhrur Razi Maamor, and Sabzali Musa Kahn, and Indirawati Zahid, and Basitah Taif, (2024) Buah Buton: simbol pengaruh kedudukan adat dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan. AKADEMIKA, 94 (2). pp. 129-162. ISSN 0126-5008

[img] PDF
10MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725

Abstract

Ukiran kayu merupakan seni visual tradisi yang berfungsi sebagai hiasan seni bina oleh sesetengah masyarakat dunia. Walau bagaimanapun, terdapat permasalahan yang membabitkan ukiran kayu tiga dimensi buah buton pada rumah-rumah tradisional di Luak Tanah Mengandung yang dipercayai melambangkan status seseorang dalam Adat Perpatih. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis hubung kait buah buton dengan kedudukan dalam organisasi sosial masyarakat Adat Perpatih di luak tersebut. Bagi menggapai tujuan artikel ini, metodologi artikel ini menggunakan penyelidikan kualitatif yang mengetengahkan dua pendekatan iaitu kajian lapangan; yang mensasarkan empat rumah tradisional di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan dan temu bual; melibatkan enam informan yang berbeza latar. Melalui dapatan ini menunjukkan bahawa buah buton hanya boleh ditemui pada rumah-rumah yang didiami oleh mereka yang berstatus. Malah, setiap rumah tersebut juga menunjukkan bilangan dan kedudukkan buah buton yang berbeza. Pengaplikasian buah buton pada setiap rumah pula tergantung pada ruangan spesifik dan mempunyai kaitan rapat dengan Adat Perpatih. Ini diperkuatkan dengan kedudukan elemen tersebut yang tergantung pada bahagian dalam atau luar rumah mempunyai kaitan dengan pemiliknya yang berpengaruh dalam adat tersebut. Kesimpulannya, buah buton bukan sekadar penghiasan rumah; sebaliknya mempunyai simbol terhadap pemiliknya dalam Adat Perpatih. Implikasi kajian turut menunjukkan bahawa kepentingan dalam simbolisme memberi pengaruh terhadap pembetukan struktur sosial dan masyarakat adat tersebut. Oleh itu, artikel ini mencadangkan penyelidikan lanjutan diperluaskan skop terhadap persamaan dan perbezaan buah buton terhadap simbol masyarakat adat ini. Perkara ini bukan sekadar memperkayakan pemahaman terhadap adat dan budaya, malah membantu proses pemeliharaan dan pemuliharaan di arus kemodenan kini.

Item Type:Article
Keywords:Adat Perpatih; Buah buton; Organisasi sosial; Rumah tradisional; Simbolisme
Journal:AKADEMIKA
ID Code:24270
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:09 Oct 2024 07:17
Last Modified:09 Oct 2024 07:17

Repository Staff Only: item control page