Mohamad Akmal Ibrahim, (2024) Hubungan ekonomi Malaysia dan Indonesia Era Tun Hussein Onn dari tahun 1977-1981. AKADEMIKA, 94 (2). pp. 163-178. ISSN 0126-5008
PDF
392kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725
Abstract
Ketika era Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia, hubungan ekonomi mula mengorak langkah yang lebih luas bukan sahaja dalam bidang pertanian malah dalam sektor perindustrian termasuk petroleum dan gas. Hubungan ekonomi Malaysia dan Indonesia juga sudah mula bekerjasama dalam bidang petroleum dan gas asli dan turut meneruskan kerjasama dalam bidang pertanian. Selain itu, isu keselamatan turut menjadi agenda utama Tun Hussein Onn dan Indonesia bagi menjamin kestabilan dan keselamatan rantau Asia Tenggara. Ini penting bagi memastikan pelaburan asing dan perdagangan tidak terjejas. Penyelidikan ini akan menghuraikan hubungan politik dan ekonomi antara Malaysia dan Indonesia yang menjadikan teras kerjasama hubungan ekonomi kedua-dua negara. Analisis juga tertumpu dasar ekonomi Malaysia bagi melihat sejauh mana peluang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Indonesia. Penyelidikan ini menggunakan bahan dari sumber primer dan sekunder yang diperolehi daripada Arkib Negara Malaysia dan Arsip Nasional Republik Indonesia. Hasil kajian mendapati era Tun Hussein Onn menumpukan pembangunan bumiputera bagi mengimbangi ketidaksamaan taraf ekonomi seperti yang direncanakan dalam Dasar Ekonomi Baru. Selain itu, hubungan ekonomi antara Malaysia dan Indonesia juga mula menumpukan kerjasama sektor petroleum dan gas asli yang mula menjadi penyumbang utama pendapatan negara. Pada masa yang sama, kerjasama sektor pertanian dan perindustrian turut dipertingkatkan dalam penyelidikan dan guna tenaga antara Malaysia dan Indonesia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Petroleum dan gas asli; Malaysia; Indonesia; Permodalan Nasional Berhad |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 24271 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 09 Oct 2024 07:23 |
Last Modified: | 14 Oct 2024 08:06 |
Repository Staff Only: item control page