Pengaruh pengetahuan tip pencegahan terhadap keyakinan remaja di Pantai Timur bagi melindungi diri daripada jenayah scam

Fidlizan Muhammad, and Salwa Amirah Awang, and Ahmad Zakirullah Mohamed Shaarani, and Mohd Yahya Mohd Hussin, and Nurhanie Mahjom, (2024) Pengaruh pengetahuan tip pencegahan terhadap keyakinan remaja di Pantai Timur bagi melindungi diri daripada jenayah scam. AKADEMIKA, 94 (2). pp. 179-196. ISSN 0126-5008

[img] PDF
474kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725

Abstract

Scammer mempelbagaikan modus operandi bagi melaksanakan jenayah penipuan. Rentetan itu, pengetahuan mengenai tip pencegahan merupakan langkah awal mengenalpasti dan menangani sesuatu kejadian penipuan daripada berlaku. Pihak berkuasa telah menyebarluaskan beberapa tip pencegahan yang disampaikan melalui pelbagai saluran bagi melindungi masyarakat terjerumus sebagai mangsa jenayah scam. Walaupun statistik kes melibatkan golongan remaja adalah kecil, namun pengetahuan mengenai pencegahan relevan untuk membantu mereka menanganinya pada masa depan. Sehubungan itu, kajian ini menganalisis pengaruh pengetahuan beberapa tip pencegahan berkaitan jenayah scam dalam meningkatkan keyakinan golongan remaja untuk melindungi diri dari jenayah ini. Data kajian diperoleh melalui instrumen soal selidik yang diedarkan dalam kalangan remaja di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Seramai 261 responden telah dipilih dalam kajian ini. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan kaedah regresi logistik dengan enam pembolehubah tidak bersandar. Hasil analisis mendapati lima pembolehubah signifikan dan dua tip pencegahan menunjukkan pengaruh positif yang tinggi iaitu berwaspada dalam mengemaskini maklumat dan urusan transaksi online. Menamatkan panggilan palsu, tidak menyertai skim cepat kaya dan tidak mendedahkan maklumat kewangan merupakan tiga pembolehubah lain yang turut menunjukkan pengaruh positif yang signfikan. Dapatan ini membuktikan, tip pencegahan jenayah scam diketahui oleh remaja dan efektif membantu sebagai petunjuk mengenalpasti taktik scam dan mencegahnya daripada terjebak sebagai mangsa. Sehubungan itu, tip pencegahan perlu disebarluaskan secara berterusan bagi mencapai objektif mengatasi jenayah scam. Hal ini mampu dilaksana dengan berkesan melalui penglibatan bersama daripada institusi sosial seperti keluarga, rakan, jiran, guru, dan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Jenayah; Pengetahuan; Penipuan; Remaja; Regresi logistik
Journal:AKADEMIKA
ID Code:24272
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:09 Oct 2024 07:27
Last Modified:14 Oct 2024 08:06

Repository Staff Only: item control page