Nor’Aqilah Ahmad Zabidi, and Dy Intan Norsoleha Zulkiply, and Khairul Azhar Jamaludin, and Mohd Isa Hamzah, and Nurfaradilla Mohamad Nasri, (2024) Pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek mod teradun dalam kalangan guru rekaan dan jahitan pakaian, mata pelajaran vokasional di Malaysia. AKADEMIKA, 94 (2). pp. 215-231. ISSN 0126-5008
PDF
392kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725
Abstract
Perkembangan dan kepesatan teknologi semasa menuntut perubahan pendidikan dalam pelaksanaan strategi pengajaran abad ke-21. Pembelajaran berasaskan projek mod teradun merupakan pendekatan berpusatkan murid yang mengintegrasikan pembelajaran learn by doing dengan penggunaan teknologi digital. Namun, pendekatan ini masih terhad dilaksanakan dalam kalangan guru sekolah menengah di Malaysia. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek mod teradun dalam kalangan guru Mata Pelajaran Vokasional Rekaan dan Jahitan Pakaian di seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui reka bentuk kajian tinjauan. Seramai 32 guru Mata Pelajaran Vokasional Rekaan dan Jahitan Pakaian terlibat dalam kajian ini sebagai sampel kajian. Analisis deskriptif dijalankan menggunakan perisian SPSS Statistics for Mac versi 28.0 bagi menganalisis skor nilai peratusan dan frekuensi. Manakala analisis ujian Kruskal Wallis dijalankan bagi mengenal pasti pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek mod teradun guru berdasarkan pengalaman mengajar. Hasil daripada analisis mendapati tahap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek mod teradun guru dari aspek kemahiran teknologi dan kemahiran pedagogi berada pada tahap sederhana tinggi, manakala aspek efikasi kendiri guru berada pada tahap sederhana rendah. Analisis ujian Kruskal Wallis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek mod teradun guru berdasarkan pengalaman mengajar. Hal ini menunjukkan bahawa sokongan profesional diperlukan agar pendekatan ini menjadi amalan seiring dengan perkembangan teknologi digital. Justeru, semua pihak berkepentingan berperanan dalam memberi sokongan bagi memastikan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid ini menjadi amalan guru dengan pelaksanaan yang lebih berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek mod teradun; Guru rekaan dan jahitan pakaian; Pengalaman mengajar |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 24274 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 09 Oct 2024 08:04 |
Last Modified: | 14 Oct 2024 08:09 |
Repository Staff Only: item control page