Norhafiza Mohd Hed, and Mohd Aidil Azrel Zaabar, and Nurul Firdauz Abd Rahman, and Nur Azean Abd Rahim, (2024) Pemahaman belia Malaysia terhadap kepentingan dan peranan Institusi Raja-Raja Melayu: kajian tinjauan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). AKADEMIKA, 94 (2). pp. 298-312. ISSN 0126-5008
PDF
630kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725
Abstract
Institusi raja di Malaysia merupakan institusi yang sangat penting di Malaysia yang diamalkan sejak dahulu sehingga kini. Namun, masyarakat sering beranggapan bahawa institusi ini hanya memainkan peranan simbolik tanpa memberikan impak ke atas sosiopolitik di Malaysia. Oleh itu, kajian ini meninjau tahap pemahaman mahasiswa terhadap kepentingan dan peranan institusi raja-raja Melayu. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif menerusi instrumen soal selidik yang diedarkan secara rawak mudah dalam talian kepada 332 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dapatan menunjukkan bahawa tahap pemahaman mahasiswa berada pada tahap yang tinggi di mana kesemua pernyataan berkaitan peranan institusi ini mendapat nilai skor min melebihi 2.34. Selain itu, faktor utama yang mempengaruhi pemahaman mahasiswa terhadap institusi ini adalah bacaan buku Perlembagaan, pendidikan formal awal yang diterima dari guru dan dokumentari berkaitan di televisyen. Hasil kajian mendapati cara terbaik meningkatkan tahap pemahaman mahasiswa adalah menerusi pendedahan tentang institusi ini di media dan mengadakan lawatan sambil belajar ke Istana dan Muzium Di-Raja serta memperbanyakkan pameran tradisi Raja-raja Melayu. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi gambaran bahawa belia khususnya di UPSI cakna tentang peranan dan kepentingan institusi raja. Namun, mereka perlu didedahkan dengan pembelajaran berasaskan pengalaman bagi memastikan mereka sentiasa peka terhadap perubahan semasa yang berlaku dalam institusi raja di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Belia; Institusi Raja-Raja Melayu; Pemahaman; Kepentingan; Peranan |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 24280 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 09 Oct 2024 08:26 |
Last Modified: | 09 Oct 2024 08:26 |
Repository Staff Only: item control page