Penggubalan undang-undang jenayah syariah di Malaysia: analisis ke atas kekaburan bidang kuasa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

Nur Ain Mohd Sabirin, and Ahmad Azam Mohd Shariff, and Mohamad Azhan Yahya, (2024) Penggubalan undang-undang jenayah syariah di Malaysia: analisis ke atas kekaburan bidang kuasa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. AKADEMIKA, 94 (2). pp. 346-360. ISSN 0126-5008

[img] PDF
375kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725

Abstract

Keperluan mendesak untuk membendung aktiviti jenayah syariah yang berlaku dalam masyarakat tidak dapat dinafikan. Bagi memenuhi tujuan tersebut, perundangan jenayah syariah Malaysia digubal oleh Dewan Undangan Negeri. Proses penguatkuasaannya haruslah menuruti prinsip keadilan yang telah ditetapkan. Namun, autoriti penggubalan yang diberikan tertakluk kepada doktrin pengasingan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri. Walaupun pembahagian kuasa telah dinyatakan, parameter bidang kuasa Badan Legislatif Negeri untuk menggubal perundangan berkaitan kesalahan jenayah syariah dilihat masih kabur. Justeru, penulisan ini menganalisis beberapa perundangan di Malaysia berkaitan bidang kuasa penggubalan kesalahan jenayah syariah oleh Dewan Undangan Negeri. Penekanan turut diberikan terhadap prinsip syariah yang relevan dalam konteks penulisan ini. Penulisan ini juga mengenal pasti implikasi yang timbul daripada kekaburan had bidang kuasa Badan Legislatif Negeri dalam menggubal peruntukan kesalahan jenayah syariah. Cadangan penambahbaikan perundangan turut disertakan dalam usaha memperjelaskan had bidang kuasa Badan Legislatif Negeri. Dengan menggunakan kaedah penyelidikan secara doktrin, kesemua data berkaitan had bidang kuasa Badan Legislatif Negeri dalam penggubalan kesalahan jenayah syariah dianalisis secara kualitatif dan kritis. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk membuat pindaan dan penyelarasan terhadap beberapa peruntukan perundangan yang memberi kuasa kepada Badan Legislatif Negeri untuk menggubal peruntukan berkaitan kesalahan jenayah syariah. Tuntasnya, kekaburan had bidang kuasa Dewan Undangan Negeri perlu diperjelaskan agar peruntukan jenayah syariah dapat terus dilindungi daripada terus dicabar di masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Kekaburan bidang kuasa; Perlembagaan Persekutuan; Dewan Undangan Negeri; Enakmen kesalahan jenayah syariah; Prinsip syariah
Journal:AKADEMIKA
ID Code:24284
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:10 Oct 2024 01:54
Last Modified:10 Oct 2024 01:54

Repository Staff Only: item control page