Penyesuaian kendiri dan kesejahteraan subjektif di sekolah dalam kalangan remaja di Yogyakarta, Indonesia

Gusniarti, Uly and Jas Laile Jaafar, and Hutagalung, Fonny D. (2024) Penyesuaian kendiri dan kesejahteraan subjektif di sekolah dalam kalangan remaja di Yogyakarta, Indonesia. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (3). pp. 195-210. ISSN 1823-884x

[img] PDF
423kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Selain daripada golongan dewasa, salah satu fokus terkini kajian psikologi positif ialah mengkaji ciri-ciri kesejahteraan subjektif remaja. Penilaian remaja tentang kepuasan sekolah dan kekerapan pengalaman remaja berkaitan perasaan positif dan negatif di sekolah adalah penting kerana ia akan memberi kesan kepada banyak aspek dalam kehidupan remaja. Namun, bukti empirikal kajian mengenai kesejahteraan di Indonesia masih terbatas, terutama yang berkaitan dengan persekitaran sekolah yang turut mempengaruhi kesejahteraan subjektif dalam kalangan remaja. Kejayaan remaja menyesuaikan diri dalam persekitaran sekolah akan membawa kesan positif terhadap tahap kesejahteraan subjektifnya. Kajian ini menyiasat kesan penyesuaian kendiri terhadap kesejahteraan subjektif dalam kalangan remaja di Yogyakarta, Indonesia. Seramai 384 orang remaja, yang terdiri daripada 218 perempuan dan 166 lelaki, dalam gred 7 hingga 9 di Yogyakarta, Indonesia telah menjawab soal selidik penyesuaian kendiri dan kesejahteraan subjektif di sekolah. Analisis statistik dilakukan menggunakan perisian komputer JAMOVI, versi 1.6.23. Secara keseluruhannya, penyesuaian kendiri dan kesejahteraan subjektif responden kajian berada pada tahap sederhana. Keputusan Ujian Korelasi Pearson mendapati wujudnya hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah. Keputusan analisis regresi menunjukkan R = 0.533 (p < 0.001) dan R2 = 28.43 %. Hal ini menunjukkan bahawa penyesuaian kendiri menyumbang kepada kesejahteraan subjektif dan secara berkesan diukur oleh permasalahan eksternalisasi, permasalahan internalisasi, keakraban dan konflik dengan guru, isolasi dan tingkah laku prososial dengan rakan. Keputusan kajian juga membawa implikasi bahawa kesejahteraan subjektif meningkat dengan kejayaan remaja dalam menyesuaikan diri di sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Penyesuaian kendiri; Kesejahteraan subjektif; Remaja; Sekolah; Masyarakat kolektivistik
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24285
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:11 Oct 2024 08:39
Last Modified:17 Oct 2024 03:22

Repository Staff Only: item control page