Kajian terhadap keberkesanan aplikasi pembelajaran koperatif dalam talian terhadap pelajar universiti aliran muzik

Md Jais Ismail, and Zainatul Shuhaida Abdull Rahman, (2024) Kajian terhadap keberkesanan aplikasi pembelajaran koperatif dalam talian terhadap pelajar universiti aliran muzik. AKADEMIKA, 94 (2). pp. 398-418. ISSN 0126-5008

[img] PDF
2MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka penggunaan pembelajaran koperatif dalam talian terhadap pelajar aliran muzik di universiti awam di Malaysia. Kajian ini dijalankan melalui pendekatan kualitatif secara kajian kes. Sampel kajian terdiri daripada 11 orang pelajar pasca siswazah di sebuah fakulti universiti awam di Selangor yang dipilih secara persampelan bertujuan. Semua peserta telah melalui proses pembelajaran koperatif dalam talian selama enam sesi di mana setiap sesi pembelajaran mengambil masa empat jam. Kaedah temu bual mendalam secara semi berstruktur dan pemerhatian peserta telah dijalankan bagi mengumpul data. Triangulasi data melalui kaedah temu bual kelompok telah dijalankan terhadap enam orang pelajar siswazah aliran muzik bagi mendapatkan data yang jitu. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 10 kepentingan pembelajaran koperatif dalam talian di mana ia dapat meningkatkan kerjasama pelajar, menggalakkan penglibatan aktif, meningkatkan kualiti maklumat, kemahiran berkomunikasi, penguasaan ilmu, motivasi pelajar, memupuk nilai kepimpinan, nilai hormat, minat, dan meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian ini telah dapat membuktikan bahawa kajian koperatif dalam talian berpotensi sebagai salah satu penyelesaian bagi permasalahan pembelajaran dalam talian terutama bagi pelajar yang mengambil kursus muzik. Hal ini turut memberi kesan terhadap lonjakan pencapaian pelajar yang seterusnya memberi impak positif terhadap landskap pendidikan negara. Oleh itu, dapatan kajian ini amat penting bagi mengukuh dan memperkaya kaedah pembelajaran dalam talian yang sejajar dengan elemen penggunaan teknologi dalam pendidikan alaf 21.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran dalam talian; Pembelajaran koperatif; Teknologi; Pendidikan tinggi; Pendidikan muzik; Kajian kes
Journal:AKADEMIKA
ID Code:24289
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:10 Oct 2024 02:31
Last Modified:10 Oct 2024 02:31

Repository Staff Only: item control page