Intervensi pendekatan spiritual untuk kemurungan pelajar: kajian literatur sistematik

Nor Asliza Mohd Zin, and Ku Suhaila Ku Johari, and Abu Yazid Abu Bakar, and Mohd Izwan Mahmud, (2024) Intervensi pendekatan spiritual untuk kemurungan pelajar: kajian literatur sistematik. AKADEMIKA, 94 (2). pp. 454-473. ISSN 0126-5008

[img] PDF
579kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1725

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti sorotan kajian intervensi pendekatan spiritual dalam kemurungan. Kemurungan yang dialami oleh pelajar boleh menjejaskan kefungsian manusia, tingkah laku, emosi dan pemikiran. Pelajar perlu diberikan pengetahuan untuk merawat kemurungan menerusi intervensi pendekatan spiritual bagi memperoleh ketenangan dan mencapai kebahagian hidup. Sehubungan itu, artikel ini telah melakukan tinjauan literatur sistematik terhadap intervensi pendekatan spiritual untuk kemurungan pelajar yang digunakan dalam kalangan pengkaji. Satu kajian sistematik literatur telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang hendak dikaji dengan menggunakan pangkalan data dalam talian seperti Web Of Science (WOS) dan Scopus bagi tempoh 2018 hingga 2023. Terdapat beberapa kata kunci digunakan iaitu spirit* OR religiou* OR believ*, student OR teenager OR youth dan depres* OR sad* OR hopeless* untuk mencari kajian yang berkaitan dengan enjin carian dalam talian. Berikutan tinjauan abstrak dan penghapusan tajuk yang sama, 29 kajian yang memenuhi syarat penyelidikan dipilih untuk dianalisis. Kajian yang dicari hanya berkaitan isu kesihatan mental yang meliputi kemurungan. Model PRISMA digunakan sebagai panduan dalam pencarian bahan literatur. Dapatan melalui hasil penelitian dalam artikel ini menunjukkan bahawa penggunaan intervensi pendekatan spiritual lebih tertumpu kepada dua pengkategorian subtema iaitu penggunaan diinstitusi dan semasa Pandemik Covid 19. Manakala, dari sudut intervensi pendekatan spiritual kemurungan pelajar pula, didapati bahawa pendekatan spiritual boleh dibincangkan dalam peranan pendekatan spiritual dalam merawat kemurungan. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan spiritual dan kerohanian digunakan sebagai intervensi alternatif ketika pelajar berhadapan dengan cabaran kemurungan.

Item Type:Article
Keywords:Intervensi; Spiritual; Pendekatan kaunseling; Kemurungan; Pelajar (sekolah menengah)
Journal:AKADEMIKA
ID Code:24296
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:10 Oct 2024 03:08
Last Modified:14 Oct 2024 08:49

Repository Staff Only: item control page