Harshini Munusamy, and Norain Mod Asri, (2024) Persepsi pengguna dalam kalangan belia bandar terhadap parkir awam berbayar di Lembah Klang. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (3). pp. 125-138. ISSN 1823-884x
PDF
479kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Kepentingan parkir awam berbayar di bandar tidak dapat disangkal memandangkan pemilikan dan penggunaan kenderaan persendirian semakin bertambah terutama dalam kalangan belia. Dalam masa yang sama, kuantiti dan kualiti parkir awam berbayar juga harus seiring dengan keperluan pengguna semasa. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi belia terhadap parkir awam berbayar di kawasan Lembah Klang. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif iaitu menerusi pengedaran borang soal selidik secara dalam talian kepada responden belia di Lembah Klang. Menerusi analisis faktor terhadap responden belia, didapati pembayaran caj parkir awam secara atas talian adalah lebih mudah dan menjimatkan masa serta kaum wanita lebih kerap menggunakan kenderaan persendirian. Selain itu, penggunaan parkir awam berbayar adalah sangat tinggi pada waktu bekerja iaitu selama lapan jam. Malah, kesediaan parkir awam menentukan bila pengguna ingin keluar dan pengguna turut berasa selamat apabila menggunakan tempat parkir awam pada waktu malam. Bilangan kotak parkir awam juga didapati mencukupi terutama semasa waktu puncak dan caj parkir awam wajar dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Rentetan itu, memandangkan permintaan terhadap parkir awam adalah tinggi, maka kerajaan harus menawarkan parkir awam yang releven dengan keperluan penduduk setempat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Parkir awam berbayar; Belia; Lembah Klang; Analisis faktor; Permintaan |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 24302 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 11 Oct 2024 08:38 |
Last Modified: | 17 Oct 2024 04:02 |
Repository Staff Only: item control page