Analisis peranan agama Islam dalam membentuk amalan warga tua terhadap vaksinasi COVID-19

Nur Izyan Ismail, and Sabariah Mohamed Salleh, (2024) Analisis peranan agama Islam dalam membentuk amalan warga tua terhadap vaksinasi COVID-19. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (3). pp. 315-328. ISSN 1823-884x

[img] PDF
390kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pandemik COVID-19 telah menimbulkan cabaran yang besar, terutamanya bagi warga tua, yang berisiko tinggi mendapat penyakit dan komplikasi yang lebih tinggi. Pemvaksinan telah menjadi langkah kesihatan awam yang penting untuk melindungi kumpulan yang terdedah ini, tetapi keraguan terhadap vaksin masih menjadi kebimbangan. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk menganalisis peranan agama dalam membentuk amalan dan proses membuat keputusan warga tua ke arah vaksinasi COVID-19. Temu bual mendalam telah dijalankan terhadap 15 orang warga tua yang berumur 60 tahun ke atas di Malaysia, yang mana kajian ini menggunakan persampelan bola salji untuk menganalisis pendapat daripada kumpulan informan yang menepati kriteria. Terdapat lima tema utama yang terhasil daripada analisis temu bual tersebut iaitu; (i) Agama Islam saran jaga kesihatan dan bertawakal (ii) Ilmuan agama dan ulama terima vaksin (iii) “…Nak pergi Mekah pon kena vaksin…” (iv) vaksin adalah haram dan, (v) makanan sunnah. Dapatan kajian ini menemukan warga tua lebih berhati-hati untuk menerima dos penggalak kedua apabila pengaruh kepercayaan agama memainkan peranan yang penting dalam proses membuat keputusan terhadap vaksin penggalak. Selain itu kajian ini mendapati kepercayaan terhadap ilmuan agama dan ulama yang sangat kuat menjadi faktor yang penting dalam penerimaan vaksin. Kajian ini juga mendedahkan bahawa kepercayaan fatalistik kesihatan juga mempengaruhi amalan warga tua terhadap vaksinasi COVID-19, sekali gus ianya memerlukan sokongan pemimpin agama untuk meningkatkan liputan vaksinasi pada masa akan datang. Justeru itu, memahami pengaruh kepercayaan dan amalan agama terhadap penerimaan vaksin adalah penting untuk membangunkan strategi komunikasi masa depan bagi menggalakkan keyakinan vaksinasi di kalangan warga tua.

Item Type:Article
Keywords:Vaksin COVID-19; Maklumat salah; Keraguan vaksin; Warga tua; Peranan agama
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24309
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:11 Oct 2024 08:38
Last Modified:17 Oct 2024 08:19

Repository Staff Only: item control page