Norisma Aiza Ismail, and Khadijah Alavi, and Aizan Sofia Amin, (2024) Keperluan tidak penuhi dalam kalangan penjaga warga emas uzur. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (3). pp. 557-571. ISSN 1823-884x
PDF
587kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Menjaga Warga emas uzur (WEU) di rumah boleh memberi pelbagai cabaran dan menjejaskan keperluan penjaga tidak formal. Di Malaysia, tidak banyak kajian difokuskan dalam kalangan penjaga. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka keperluan tidak dipenuhi (KTD) dalam kalangan penjaga WEU di rumah. Reka bentuk kajian ini adalah secara kualitatif dengan pendekatan fenomenologi. Kajian ini telah dilaksanakan di daerah Hulu Langat, Selangor menggunakan jenis persampelan bertujuan dengan kriteria inklusi. Seramai enam orang penjaga WEU telah berjaya ditemu bual dan dikenal pasti melalui Persatuan Pesara UKM, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UKM dan Persatuan Penduduk setempat. Data kajian telah dianalisis secara tematik menggunakan analisis manual. Hasil kajian menunjukkan lima tema KTD dialami penjaga iaitu kesejahteraan emosi, masalah kesihatan, keperluan sosial, rehat dan tidur serta impak pekerjaan. Kesemua penjaga mengalami sekurang-kurangnya satu KTD dan kesejahteraan emosi merupakan KTD paling kerap dilaporkan. Terdapat penjaga yang mengalami stres sehingga meninggalkan kesan negatif kepada tubuh WEU. Segelintir pula mengalami masalah kesihatan termasuk kemurungan dan kebimbangan, kurang berat badan, sakit pinggang dan tangan. Keperluan sosial penjaga juga sangat terhad dan kebanyakan mereka tidak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Penjaga juga tidak menikmati rehat dan tidur secukupnya. Terdapat penjaga yang berhenti kerja untuk memberi fokus kepada penjagaan. Kesimpulannya, KTD dalam kalangan penjaga sangat memberi kesan kepada diri mereka dan warga emas yang dijaga. Malah masalah ini berisiko tinggi menyumbang kepada kes penderaan yang lebih serius. Justeru sokongan kepada penjaga ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak agar KTD dalam kalangan penjaga dapat dikurangkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keperluan tidak dipenuhi; Penjaga; Warga emas; Uzur; Tidak formal |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 24323 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 11 Oct 2024 08:37 |
Last Modified: | 17 Oct 2024 13:58 |
Repository Staff Only: item control page