Najwa Afiqa Roshaizad, and Firdaus Mukhtar, and Nair, Sindhu Mohan and Norhayati Ibrahim, and Nasrudin Subhi, (2024) Profil demografi dan sokongan sosial dalam kalangan people living with HIV/AIDS (PLHIV) di Lembah Klang. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (3). pp. 544-556. ISSN 1823-884x
PDF
449kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah virus yang menyerang sistem imun dalam badan manusia dan penghidap HIV positif (PLHIV) perlu bergantung kepada ubat-ubatan seumur hidup bagi menjalani kehidupan seperti manusia yang normal. Kebergantungan kepada ubat HIV banyak memberikan kesan negatif kepada mereka samada dari segi kelesuan fizikal, emosi, kewangan serta perubahan rutin. Maka, sokongan sosial adalah sesuatu yang sangat penting bagi mereka dalam berhadapan dengan situasi ini dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka profil demografi serta tahap sokongan sosial yang diterima oleh PLHIV di Lembah Klang. Seramai 165 orang peserta yang menyertai kajian berbentuk keratan rentas ini. Kaedah pensampelan bertujuan digunakan dan melibatkan responden yang berumur 18 hingga 60 tahun. Bahagian pertama soal selidik melibatkan bahagian demografi (penempatan, jantina, umur, bangsa, status perkahwinan, tahap pendidikan, pekerjaan, tempoh menghidap HIV, cara transmisi HIV, tempoh rawatan HAART, penyakit selain HIV) dan bahagian kedua ialah soal selidik Skala Multidimensional untuk Sokongan Sosial (MSPSS-M). Hasil kajian mendapati bahawa 94.5% responden adalah lelaki dan majoriti - 32.1% dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Cara transmisi HIV melalui hubungan seksual adalah yang paling tinggi iaitu 49.1% berbanding penggunaan jarum, 44.2%. Selain itu, kajian menunjukkan tahap sokongan sosial yang diterima oleh responden adalah tinggi - 50.9%, 38.2% mendapat sokongan sosial yang sederhana dan hanya 10.9% mendapat sokongan sosial yang rendah. Justeru, tahap sokongan sosial bagi golongan PLHIV menunjukkan peningkatan yang baik namun perlu diperhalusi dengan lebih teliti dalam usaha menurunkan stigma kendiri serta meningkatkan keyakinan diri PLHIV agar kehidupan mereka lebih baik secara keseluruhannya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | HIV; PLHIV; Demografik; Sokongan sosial; HAART |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 24324 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 11 Oct 2024 08:37 |
Last Modified: | 17 Oct 2024 13:55 |
Repository Staff Only: item control page