Keperluan pekerja kurang upaya penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam

Amalia Qasrina Kamal Azrul, and Aizan Sofia Amin, and Azahah Abu Hassan Shaari, (2024) Keperluan pekerja kurang upaya penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (3). pp. 509-517. ISSN 1823-884x

[img] PDF
344kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam menghadapi pelbagai isu dan cabaran dalam pekerjaan mereka. Antara isu yang sering dihadapi oleh pekerja OKU penglihatan adalah pengangkutan, kemahiran dan latihan vokasional, tahap pendidikan, sikap negatif majikan, kekurangan penguatkuasaan dasar dan persekitaran yang tidak kondusif di tempat kerja. Selain itu, pekerja OKU penglihatan juga mempunyai keperluan yang khusus berbanding pekerja lain. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneroka keperluan pekerja OKU penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur. Kajian ini dijalankan sekitar kawasan Lembah Klang yang melibatkan empat orang informan terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan. Rakaman temu bual telah ditranskrip secara verbatim dan dianalisis secara tematik. Hasil kajian ini mendapati terdapat tiga keperluan utama bagi pekerja OKU penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam, iaitu dari segi keperluan pengangkutan, kebolehcapaian di tempat kerja dan kemudahan di tempat kerja. Justeru itu, kajian ini mencadangkan supaya pihak-pihak berkepentingan mengambil langkah yang proaktif dalam memenuhi keperluan pekerja OKU penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam supaya kesejahteraan mereka dapat dipertingkatkan.

Item Type:Article
Keywords:OKU penglihatan; Keperluan; Sektor perkhidmatan awam; Kebolehcapaian; Kemudahan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24327
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:11 Oct 2024 08:37
Last Modified:17 Oct 2024 09:01

Repository Staff Only: item control page