Husna Alya Mohd Rani, and Adnan Azmi, and Muhammad Ahmad Zan, and Monisha Rajamohan, and Kuan, Seng How and Chieng, Sylvia (2024) Larut-lesap biologi kaolin menggunakan siderofor daripada bacillus aryabhattai dan Bacillus megaterium. Sains Malaysiana, 53 (8). pp. 1777-1785. ISSN 0126-6039
PDF
428kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num8_...
Abstract
Kehadiran cemaran besi di dalam kaolin secara signifikannya mengurangkan nilai komersialnya, kerana besi memberi kesan negatif terhadap indeks keputihan dan sifat refaktori kaolin tersebut. Walaupun kaedah penulenan kaolin secara fizikal dan kimia adalah berkesan, tetapi kaedah ini mempunyai beberapa kelemahan seperti kos yang tinggi dan pencemaran alam sekitar. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan untuk mencadangkan kaedah baharu yang mesra alam serta boleh diaplikasi dalam skala yang lebih besar dalam industri bagi penulenan kaolin. Dalam kajian ini, siderofor Bacillus aryabhattai dan Bacillus megaterium yang ditulenkan secara separa digunakan untuk proses larut-lesap kaolin. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua siderofor mampu mengeluarkan cemaran besi daripada sampel tanah liat kaolin. Melalui analisis spektroskopi sinar-X serakan tenaga (EDX), peratus berat besi di dalam kaolin telah menunjukkan penurunan sebanyak 48.2% bagi siderofor B. aryabhattai dan 50.6% bagi siderofor B. megaterium. Selain itu, analisis mikroskop elektron pengimbas (SEM) pula menunjukkan struktur lapisan kaolin kelihatan masih terpelihara dan menyamai morfologi kaolin mentah. Hasil kajian ini menunjukkan keberkesanan proses larut-lesap menggunakan siderofor B. aryabhattai dan B. megaterium dalam mengurangkan cemaran besi daripada kaolin.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bacillus aryabhattai; Bacillus megaterium; Kaolin; Larut-lesap; Siderofor |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 24334 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 11 Oct 2024 03:26 |
Last Modified: | 11 Oct 2024 03:26 |
Repository Staff Only: item control page