Muhammad Audi Nabil Mat Isa, and Suzana Mohd Hoesni, (2024) Hubungan antara ketagihan telefon pintar dan persepsi stres dalam kalangan pelajar universiti. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (3). pp. 461-471. ISSN 1823-884x
PDF
408kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Stres merupakan salah satu emosi yang normal dan sihat. Walau bagaimanapun, ia boleh merosakkan dan menganggu fungsi kehidupan seseorang itu. Justeru, stres merupakan salah satu elemen psikologi yang menjadi perhatian para pengkaji apabila menyelidik tentang ketagihan telefon pintar. Terdapat banyak kajian lepas yang menunjukkan bahawa stres yang timbul dari ketagihan telefon pintar dapat memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan mental dan fizikal seseorang individu. Maka, kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara ketagihan telefon pintar dan persepsi stres individu dalam kalangan pelajar Universiti di Malaysia. Kaedah pensampelan mudah telah dijalankan dengan mengedarkan soal selidik dengan pautan Google Form di platform media sosial iaitu WhatsApp, Instagram dan Facebook. Sejumlah 165 orang pelajar universiti di serata Malaysia telah secara sukarela melengkapkan soal selidik yang mengandungi soalan yang berkaitan latar belakang personal, persepsi stres dan ketagihan telefon pintar. Hasil analisis korelasi Pearson telah menunjukkan terdapat hubungan positif dan sederhana yang signifikan antara ketagihan telefon pintar dan persepsi stres, r=.31**, p<.001. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa semakin meningkat skor ketagihan penggunaan telefon pintar dalam kalangan responden, semakin tinggi tanggapan stres. Kajian ini mempunyai dua implikasi yang utama terhadap bidang psikologi dan praktis. Hasil kajian ini dapat membantu memperluaskan kefahaman tentang ketagihan telefon pintar dan kesejahteraan psikologi. Di samping itu, hasil kajian ini juga dapat membantu profesion menolong seperti kaunselor, ahli terapi dan pekerja sosial bagi mengendalikan klien yang mempunyai isu ketagihan telefon pintar. Pengkaji mencadangkan kajian pada masa akan datang perlu menggunakan sampel yang lebih besar dan memfokuskan pembolehubah psikologi seperti kesejahteraan psikologi, daya tindakbalas dan regulasi emosi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ketagihan; Telefon pintar; Persepsi; Stress; Pelajar universiti |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 24335 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 11 Oct 2024 08:36 |
Last Modified: | 17 Oct 2024 08:36 |
Repository Staff Only: item control page