Asila Nur Adlynd Mohd Shukry, and Siti Marziah Zakaria, and Wan Nurdiyana Wan Yusof, (2024) Cabaran ekonomi ibu tunggal B40 di Selangor semasa pandemik COVID-19. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (3). pp. 498-508. ISSN 1823-884x
PDF
405kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Sebelum kemunculan wabak COVID-19, ibu tunggal B40 telah menghadapi pelbagai kesukaran dalam membesarkan anak-anak tanpa bantuan dan sokongan suami. Walau bagaimanapun, keadaan telah menjadi lebih teruk apabila pandemik COVID-19 menjejaskan kehidupan ibu tunggal B40 secara mendadak terutamanya dari segi ekonomi. Majoriti ibu tunggal B40 telah kehilangan punca pendapatan disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Satu kajian kualitatif telah dijalankan bagi meneroka cabaran ekonomi yang dialami oleh ibu tunggal B40 semasa pandemik COVID-19. Informan kajian ini telah dipilih berdasarkan pensampelan bertujuan dengan menetapkan kriteri-kriteria inklusif seperti ibu tunggal yang bekerja untuk menyara keluarga, berpendapatan dalam kategori B40, mempunyai anak yang masih bersekolah dan bergelar ibu tunggal kerana bercerai atau kematian suami. Kajian ini telah menggunakan kaedah perbincangan kumpulan berfokus (FGD) sebagai kaedah pengumpulan data. Perbincangan kumpulan berfokus ini telah melibatkan 20 orang ibu tunggal B40 di Selangor yang kemudiannya telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Hasil perbincangan kumpulan berfokus mendapati tiga subtema cabaran ekonomi yang dialami oleh ibu tunggal B40 semasa pandemik COVID-19 iaitu penutupan perniagaan, pemotongan gaji atau elaun dan tiada simpanan kecemasan. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada kajian masa hadapan dan pihak-pihak serta agensi yang tertentu dalam menitikberatkan kesihatan mental ibu tunggal B40 semasa krisis dunia dengan mengambil kira cabaran-cabaran ekonomi yang dihadapi oleh mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Cabaran ekonomi; Ibu tunggal B40; Pandemik COVID-19; Penutupan perniagaan; Pemotongan gaji; Simpanan kecemasan |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 24336 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 11 Oct 2024 08:36 |
Last Modified: | 17 Oct 2024 09:00 |
Repository Staff Only: item control page