Noor Syahirah Mohd Yusof, and Salina Nen, (2024) Lelaki itu aku: meneroka faktor kecurangan lelaki dengan wanita berkahwin. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (3). pp. 482-497. ISSN 1823-884x
PDF
391kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Meneroka faktor-faktor asas yang mendorong lelaki untuk terlibat dalam kecurangan dengan wanita sudah berkahwin adalah penting bagi memahami dinamika kompleks hubungan ini. Mengenalpasti faktor-faktor ini dapat memberi pencerahan yang lebih mendalam terhadap tingkah laku kecurangan. Objektif kajian ini ialah untuk mendalami dinamik psikologi dan sosial yang mendorong lelaki memilih wanita berkahwin sebagai teman wanita walaupun ianya adalah satu perbuatan yang salah di sisi agama dan perundangan. Dengan menggunakan pendekatan fenomenologi, kajian ini membuat temubual mendalam dengan empat (4) informan dalam lingkungan usia 30an dan 40an yang pernah atau sedang menjalinkan hubungan cinta dengan wanita yang telah berkahwin. Data temubual dianalisis menggunakan analisis bertema untuk mengenalpasti secara mendalam pengalaman peribadi informan kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa motivasi utama lelaki curang bersama wanita yang berkahwin antaranya ialah perkahwinan/hubungan sedia ada yang bermasalah, perwatakan wanita berkahwin, rasa ingin tahu, penerimaan orang sekeliling, serta peluang untuk berinteraksi samada secara bersemuka mahupun interaksi digital moden. Dapatan kajian ini menyumbang kepada perbincangan berterusan akan kepentingan kestabilan perkahwinan dan kompleksiti hubungan manusia. Implikasi kajian ini menekankan keperluan untuk intervensi dan kaunseling yang disasarkan bertujuan mengukuhkan ikatan perkahwinan dan menangani punca kecurangan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Cinta; Kecurangan; Hubungan sulit; Malaysia; Perkahwinan |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 24337 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 11 Oct 2024 08:36 |
Last Modified: | 17 Oct 2024 08:39 |
Repository Staff Only: item control page