Hubungan identiti moral dan emosi moral terhadap pelepasan moral mengenai tindakan salah laku moral mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

Adib Syazwan Khalili, and Muhammad Ajib Abd Razak, and Nasrudin Subhi, and Chong, Sheau Tsuey and Salina Nen, (2024) Hubungan identiti moral dan emosi moral terhadap pelepasan moral mengenai tindakan salah laku moral mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (3). pp. 472-481. ISSN 1823-884x

[img] PDF
292kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Proses pelepasan moral membantu individu mengurangkan rasa bersalah atau rasa malu akibat tindakan tidak bermoral yang dilakukan. Namun, terdapat kekurangan dalam penyelidikan tempatan mengenai bagaimana mekanisme pelepasan moral berfungsi dalam konteks psikologi sosial dan moraliti di Malaysia. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan identiti moral dan emosi moral adakah berkait terhadap pelepasan moral untuk tingkah laku pelanggaran moral. Kajian ini berfokuskan kepada mahasiswa UKM yang melanjutkan pelajaran dan menginap di kolej penginapan di UKM, Bangi. Kajian ini dijalankan menggunakan kajian kuantitatif. data kajian dikumpulkan melalui borang soal selidik Seramai 200 mahasiswa UKM dari pelbagai latar belakang telah terlibat untuk menjawab soal selidik yang diberikan. Majoriti responden merupakan lepasan Sarjana Muda dan berumur dalam lingkungan 22 tahun. Hasil data soal selidik dianalisis secara empirikal melalui aplikasi SPSS dan hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan positif antara tahap identiti moral dan pelepasan moral, manakala terdapat juga hubungan positif antara emosi moral dan pelepasan moral dalam kalangan mahasiswa UKM. Dapatan kajian ini boleh menjadi panduan dalam melihat hubungan perkaitan identiti moral dan emosi moral terhadap pelepasan moral seseorang memandangkan kurangnya kajian berkaitan moraliti seperti pelepasan moral yang dikaji. Kesimpulan kajian ini membincangkan dan mencadangkan beberapa langkah intervensi yang boleh dilakukan dalam memberi kesedaran mengenai implikasi pelepasan moral seterusnya mengelakkan tingkah laku pelanggaran moral dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat. Di samping menggalakkan banyak lagi pengkaji psikologi dan kaunseling untuk melakukan penyelidikan mengenai aspek moraliti.

Item Type:Article
Keywords:Identiti moral; Emosi; Moral; Tindakan salah laku; Mahasiswa
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24339
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:11 Oct 2024 08:36
Last Modified:17 Oct 2024 08:38

Repository Staff Only: item control page