Potensi antivirus daripada ekstrak fermentasi daun nangka (Artocarpus heterophyllus) terhadap virus herpes simpleks jenis 1 (HSV-1)

Norhazniza Aziz, and Norefrina Shafinaz Md Nor, and Koh, S.P. (2024) Potensi antivirus daripada ekstrak fermentasi daun nangka (Artocarpus heterophyllus) terhadap virus herpes simpleks jenis 1 (HSV-1). Sains Malaysiana, 53 (8). pp. 1831-1841. ISSN 0126-6039

[img] PDF
865kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num8_...

Abstract

Kewujudan virus rintang dadah dan mutasi virus baharu telah mendorong saintis untuk mengkaji terapi alternatif berasaskan produk semula jadi yang kaya dengan sumber bioaktif untuk merawat dan mengurangkan simptom jangkitan dengan lebih cekap. Dalam kajian ini, daun nangka telah difermentasi (JL) menggunakan kultur simbiotik gabungan bakteria asid asetik dan yis untuk menghasilkan ekstrak yang berpotensi sebagai agen antivirus terhadap virus herpes simpleks jenis 1 (HSV-1). Ujian ketoksikan ekstrak telah ditentukan melalui asai MTT (3-[4,5dimethylthiazol-2-yl]-2,5-diphenyl tetrazolium bromide) ke atas sel Vero bagi menentukan nilai CC50 dan hasil ujian ini mendapati kepekatan maksimum ekstrak yang tidak toksik untuk kajian antivirus ialah 15.17%. Kajian anti HSV-1 secara in-vitro, telah dinilai melalui tiga mod berbeza iaitu pasca rawatan, pra-rawatan dan virusid. Ekstrak JL didapati lebih berkesan sebagai antivirus secara pasca rawatan dan virusid dengan pendedahan terus ekstrak kepada HSV-1 selama 15 dan 30 minit telah merencat 100% aktiviti virus tersebut pada semua kepekatan ekstrak yang digunakan. Melalui analisis penjerapan dan pelakuran yang dijalankan, ekstrak JL dengan kepekatan 7.5% dan 15% didapati dapat menghalang virus memasuki sel. Hasil cerapan zarah virus menggunakan mikroskop transmisi elektron (TEM) mendapati interaksi JL secara terus pada zarah virus dapat memusnahkan sampul virus seterusnya merencat proses jangkitan. Hasil kajian ini menunjukkan ekstrak JL mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan sebagai agen anti-herpes yang berasaskan sumber semula jadi.

Item Type:Article
Keywords:Antivirus; Daun nangka; Fermentasi; HSV-1
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24346
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:11 Oct 2024 03:53
Last Modified:11 Oct 2024 03:53

Repository Staff Only: item control page