Pemencilan dan pencirian spesies vibrio berpotensi patogen daripada air balast di Pelabuhan Malaysia terpilih

Nurathirah Mat Nasir, and Nik Nuraznida Nik Ibrahim, and Fathul Karim Sahrani, and Asmat Ahmad, and Fareed Sairi, (2024) Pemencilan dan pencirian spesies vibrio berpotensi patogen daripada air balast di Pelabuhan Malaysia terpilih. Sains Malaysiana, 53 (8). pp. 1859-1872. ISSN 0126-6039

[img] PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num8_...

Abstract

Kemasukan Vibrio melalui air balast boleh meningkatkan populasi Vibrio sedia ada di perairan tempatan, justeru meningkatkan risiko jangkitan Vibrio pada manusia dan haiwan marin. Selain itu, ia boleh mengganggu ekosistem marin tempatan melalui persaingan spesies asli dan mengubah komuniti mikrob. Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan risiko pelepasan spesies patogen bawaan air balast khususnya Vibrio spp. di Malaysia masih terhad. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menciri dan mengenal pasti spesies Vibrio berpotensi patogen dari air balast daripada kapal-kapal kargo yang berlabuh di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Pengenalpastian awal Vibrio daripada sampel air balast dilakukan berdasarkan ujian pewarnaan Gram, oksidase, katalase, fermentasi glukosa, motiliti dan kerentanan terhadap agen vibrio statik O129. Selain itu, pencirian faktor terkait dengan kevirulenan seperti hemolisis, protease, lipase, pembentukan biolapisan serta ujian kerintangan antibiotik juga dilakukan. Pencilan Vibrio yang menunjukkan ciri kevirulenan kemudiannya dikenal pasti berdasarkan agar kromogenik dan penjujukan gen 16S rRNA. Hasilnya, sebanyak 154 pencilan Vibrio telah disaring dan 24 daripadanya menunjukkan tindak balas positif terhadap kesemua faktor kevirulenan yang diuji serta mempunyai nilai indeks Antibiotik Pelbagai Rintang (MAR) > 0.2. Pencirian gen 16S rRNA telah mengenal pasti kesemua 24 Vibrio spp. sebagai V. alginolyticus (n=16), V. fluvialis (n=7) dan V. harveyi (n=1). Kesimpulannya, kehadiran spesies Vibrio berpotensi patogen daripada air balast jelas menunjukkan bahawa kapal yang berlabuh di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas berisiko memindah masuk spesies berpotensi patogen daripada perairan luar ke dalam perairan tempatan.

Item Type:Article
Keywords:Ballast water; Invasive species; Pathogen; Vibrio spp.
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24349
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:11 Oct 2024 04:07
Last Modified:11 Oct 2024 04:07

Repository Staff Only: item control page