Sintesis, aktiviti antimalaria dan pendekatan dinamik molekul kompleks logam salofen

Amatul Hamizah Ali, and Nur Hafizah Mukhtar, and Ng, Yee Ling and Nur Aqilah Zahirah Norazmi, and Hani Kartini Agustar, and Lau, Yee Ling and Nurul Huda Abd Karim, and Siti Fairus Mohd Yusoff, and Borzehandani, Mostafa Yousefzadeh and Nurul Izzaty Hassan, (2024) Sintesis, aktiviti antimalaria dan pendekatan dinamik molekul kompleks logam salofen. Sains Malaysiana, 53 (8). pp. 1901-1912. ISSN 0126-6039

[img] PDF
809kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num8_...

Abstract

Malaria masih merupakan salah satu penyakit berjangkit yang utama di kawasan beriklim tropika. Pelbagai ubat antimalaria telah diperkenalkan sebelum ini seperti klorokuina, primakuina dan artemisinin. Namun, keberkesanan ubat antimalaria menjadi rumit disebabkan oleh penyebaran parasit Plasmodium yang ada kerintangan terhadap ubat sedia ada. Oleh demikian, penerokaan kompleks logam salofen berasaskan ligan bes Schiff yang berpotensi sebagai agen antimalaria dijalankan. Empat ligan berasaskan salofen a-d dan lapan kompleks logam salofen 1a-4a dan 1b-4b telah disintesis melalui tindak balas kondensasi bes Schiff. Aktiviti antimalaria sebatian ini telah diuji dengan asai Plasmodium laktat dehidrogenase terhadap Plasmodium falciparum 3D7 yang menunjukkan bahawa 1a, 3a dan 4b masing-masing (IC50 = 14.74, 19.38 dan 12.13 µM) mempunyai kesan perencatan aktif terhadap parasit secara in vitro. Analisis dok molekul mendedahkan bahawa sebatian 1a, 3a dan 4b menunjukkan nilai pengikatan yang baik pada protein PfDHFR-TS iaitu nilai masingmasing adalah -9.7, -8.9 dan -9.5 kcal mol. Tambahan pula, simulasi dinamik molekul mendedahkan bahawa sebatian 1a dan 3a ditempatkan di dalam poket reseptor protein dengan sebatian dikelilingi oleh beberapa permukaan berpolar. Bagaimanapun, sebatian 4b membentuk sistem kompleks reseptor-ligan dengan konformasi yang paling stabil apabila kompleks diletakkan di dalam poket reseptor hidrofobik. Oleh itu, PfDHFR-TS dianggap sebagai sasaran protein parasit yang khusus untuk kompleks logam salofen. Kesimpulannya, kompleks logam salofen didapati mempunyai potensi tinggi untuk dibangunkan sebagai agen antimalaria dan mampu menjadi struktur templat kepada pembentukan ubat antimalaria bagi melawan kes kerintangan.

Item Type:Article
Keywords:Aktiviti antimalaria; Dok molekul; Dinamik molekul; Kompleks logam salofen; PfDHFR-TS
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24354
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:11 Oct 2024 07:29
Last Modified:11 Oct 2024 07:29

Repository Staff Only: item control page