Tekanan ekonomi, konflik perkahwinan dan kesejahteraan mental dalam kalangan isteri penagih dadah B40 di Malaysia: satu tinjauan awal

Haikal Anuar Adnan, and Zarinah Arshat, and Rumaya Juhari, and Zainal Madon, and Nurul Saidatus Shaja’ah Ahmad Shahril, (2024) Tekanan ekonomi, konflik perkahwinan dan kesejahteraan mental dalam kalangan isteri penagih dadah B40 di Malaysia: satu tinjauan awal. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (3). pp. 533-543. ISSN 1823-884x

[img] PDF
473kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Penyalahgunaan dadah merupakan satu isu sosial yang memberi impak bukan sahaja kepada penagih, malahan terhadap sistem keluarga. Dalam sistem kekeluargaan pula, antara individu yang paling terkesan akibat penagihan dadah adalah isteri. Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dilakukan di negara Barat, antara impak penagihan dadah terhadap isteri adalah tekanan ekonomi, konflik dalam perkahwinan dan isu berkaitan kesejahteraan mental. Di samping itu, berdasarkan sorotan terhadap kajian lepas, kajian-kajian lepas yang memfokuskan kepada isteri penagih dadah khususnya dalam konteks negara Malaysia didapati masih berkurangan. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti tahap tekanan ekonomi, konflik perkahwinan dan kesejahteraan mental dalam kalangan isteri penagih dadah B40 di Malaysia. Pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dengan melibatkan seramai 132 orang responden. Alat ujian yang digunakan adalah Economic Strain Scale, subskala konflik perkahwinan yang terdapat dalam Braiker-Kelly Partnership Questionnaire dan Short Warwick-Edinburgh Mental Well-being Scale (SWEMWBS). Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27. Hasil kajian mendapati majoriti responden mempunyai tahap tekanan ekonomi, konflik perkahwinan dan kesejahteraan mental yang sederhana. Hasil kajian ini dilihat dapat memberikan gambaran awal terhadap pengkaji dan pengamal psikologi di Malaysia dalam melakukan kajian dan membentuk intervensi yang bersesuaian khusus bagi golongan isteri penagih dadah B40 di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Tekanan ekonomi; Konflik perkahwinan; Kesejahteraan mental; Isteri penagih dadah B40
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:24365
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:11 Oct 2024 08:35
Last Modified:17 Oct 2024 13:52

Repository Staff Only: item control page