Kajian histeresis feroelektrik dan pengutuban dinamik bagi seramik (Ba1-x Cax )(Zr0.025Ti 0.975)O3 dengan penggantian kecil Ca

Nur Solehah Ali, and Nor Huwaida Janil @ Jamil, and Nor Amalina Ahmad, and Mohammad Hafizuddin Hj Jumali, and Zalita Zainuddin, (2024) Kajian histeresis feroelektrik dan pengutuban dinamik bagi seramik (Ba1-x Cax )(Zr0.025Ti 0.975)O3 dengan penggantian kecil Ca. Sains Malaysiana, 53 (8). pp. 2003-2012. ISSN 0126-6039

[img] PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num8_...

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggantian kecil Ca terhadap sifat feroelektrik seramik (Ba1-x Cax ) (Zr0.025Ti 0.975)O3 (BCZT). Seramik BCZT disediakan menggunakan kaedah tindak balas keadaan pepejal dan disinter pada suhu 1350 °C selama 2 jam. Analisis XRD menunjukkan semua seramik BCZT mempunyai fasa tunggal yang stabil dengan struktur hablur tetragon. Walaupun seramik Ba(Zr0.025Ti 0.975)O3 (BZT) tulen (x = 0.000) menunjukkan ketumpatan tertinggi iaitu 98.0%, saiz butiran yang paling besar diperoleh bagi seramik BCZT dengan komposisi x = 0.025. Seramik BCZT dengan penggantian Ca yang terendah menunjukkan sifat piezoelektrik dan feroelektrik yang lebih baik berbanding seramik dengan kandungan Ca yang lebih tinggi. Ujian medan elektrik berulang menunjukkan kestabilan dinamik serta sifat kebangkitan bagi seramik BCZT dengan x = 0.025 dan 0.050.

Item Type:Article
Keywords:BaTiO3 dan titanat; Medan elektrik berulang; Sifat piezoelektrik; Tindak balas keadaan pepejal
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24372
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:11 Oct 2024 08:45
Last Modified:11 Oct 2024 08:45

Repository Staff Only: item control page