Pengaruh agen-agen kawalan sosial tidak formal dalam mewujudkan kesedaran dan sokongan untuk kekal pulih bekas pengguna dadah: satu kajian literatur sistematik

Tay, Julie Gek Hsia and Nur Hafizah Yusoff, (2024) Pengaruh agen-agen kawalan sosial tidak formal dalam mewujudkan kesedaran dan sokongan untuk kekal pulih bekas pengguna dadah: satu kajian literatur sistematik. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 20 (3). pp. 171-184. ISSN 2180-2491

[img] PDF
443kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Kajian lepas menunjukkan bahawa salah satu punca yang menyebabkan bekas pengguna dadah kekal pulih adalah disebabkan kuatnya kawalan sosial daripada keluarga, khususnya ibu bapa dalam mempengaruhi keinginan mereka untuk tidak kembali menagih. Agen kawalan sosial tidak formal seperti ibu bapa, rakan, dan komuniti memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan bekas pengguna dadah dan mempengaruhi keputusan mereka untuk kekal dalam pemulihan. Walaupun kepentingan agen kawalan sosial tidak formal diakui dalam membantu pemulihan, terdapat keperluan untuk pemahaman menyeluruh tentang pengaruh khusus mereka dalam mengekalkan pemulihan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis pengaruh agen kawalan sosial tidak formal ke atas pemulihan bekas pengguna dadah. Menggunakan pendekatan Kajian Literatur Sistematik (SLR), kajian ini memfokuskan kepada keperluan penyelidikan dan mengikuti tiga peringkat analisis artikel: pengenalan, saringan, dan kelayakan. Sehubungan dengan itu, hasil kajian menunjukkan bahawa ahli keluarga, rakan-rakan, dan komuniti mempunyai pengaruh yang dominan terhadap keputusan untuk kekal pulih oleh bekas pengguna dadah. Hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak berkepentingan tentang amalan yang patut diterapkan oleh masyarakat selain daripada merangka strategi bagi membantu bekas pengguna dadah untuk pulih daripada pergantungan kepada dadah.

Item Type:Article
Keywords:Agen-agen sosial; Kawalan sosial tidak formal; Kekal pulih; Pemulihan; Penyalahgunaan dadah; Sokongan sosial
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:24376
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Oct 2024 07:54
Last Modified:18 Oct 2024 10:08

Repository Staff Only: item control page