Pengaruh kebolehan organisasi, modal intelektual dan kepimpinan keusahawanan terhadap prestasi perniagaan mikro

Suraiya Ishak, and Ahmad Raflis Che Omar, and Azima Abdul Manaf, and Nur Shafiqah Mohd Sabri, (2024) Pengaruh kebolehan organisasi, modal intelektual dan kepimpinan keusahawanan terhadap prestasi perniagaan mikro. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 20 (3). pp. 136-154. ISSN 2180-2491

[img] PDF
821kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Daya saing dan prestasi perniagaan mikro dijangka dapat memperolehi manafaat daripada pembinaan aset strategik yang unggul berbanding pergantungan kepada aset nyata yang tipikal. Modal intelektual, kepimpinan keusahawanan dan kebolehan organisasi adalah faktor berpotensi yang dapat memberi kesan terhadap prestasi perniagaan mikro berdasarkan perspektif Pandangan Berasaskan Sumber (RBV). Objektif kajian ini adalah untuk menguji pengaruh kebolehan organsasi, modal intelektual dan kepimpinan keusahawanan terhadap prestasi perniagaan mikro. Kajian ini telah menggunakan survei bagi mengutip data kajian daripada rangka persampelan seramai 118 usahawan yang mengikuti program bimbingan di bawah tiga (3) agensi terpilih. Soal selidik telah diedar kepada semua usahawan dalam rangka persampelan dan 100 daripadanya telah memberikan maklumbalas. Data kajian telah dianalisis menggunakan Partial Least Squares (PLS). Hasil kajian mendapati kebolehan organisasi mempunyai pengaruh positif pada tahap yang lemah dengan prestasi perniagaan. Pengaruh kebolehan organisasi telah disumbang oleh dimensi kebolehan operasional. Kebolehan operasional adalah kebolehan entiti perniagaan mengurus dan menangani skop situasi sedia ada secara berkesan. Walau bagaimanapun, kepimpinan keusahawanan dan modal intelektual didapati tidak mempunyai pengaruh signifikan terhadap prestasi perniagaan mikro terlibat. Implikasi teoretikal ialah penemuan telah membuktikan aset tidak nyata yang strategik menurut perspektif RBV boleh wujud dalam konteks organisasi perniagaan skala mikro, iaitu kebolehan organisasi di bawah dimensi kebolehan operasional. Namun demikian, kesan pengaruh modal intelektual dan kepimpinan keusahawanan masih lemah dan tidak signifikan kerana elemen tersebut masih belum unik dan tidak menyerlah sehingga mampu menyokong prestasi perniagaan mikro.

Item Type:Article
Keywords:Aset tidak nyata; Kebolehan organisasi; Kepimpinan keusahawanan; Modal intelektual; Pandangan Berasaskan Sumber (RBV); Prestasi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:24381
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Oct 2024 07:54
Last Modified:18 Oct 2024 04:11

Repository Staff Only: item control page