Pengangkutan awam pemangkin kemandirian dan kualiti hidup warga tua di Kuala Lumpur

Rosniza Aznie Che Rose, and Farah Elisha Mohd Adnand, and Abdul Aziz Marzuki, and Lam, Kuok Choy and Kadaruddin Aiyub, and Mohd Yusoff Hussain, and Novel Lyndon, (2024) Pengangkutan awam pemangkin kemandirian dan kualiti hidup warga tua di Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 20 (3). pp. 205-222. ISSN 2180-2491

[img] PDF
720kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Artikel ini bertujuan menjelaskan bahawa kemudahan pengangkutan awam sebagai pemangkin kemandirian dan kualiti hidup warga tua di Kuala Lumpur. Peningkatan warga tua memberikan impak terhadap kesejahteraan hidup mereka. Kajian ini menggunapakai kaedah kuantitatif menggunakan instrumen borang soal selidik di Kuala Lumpur. Sampel kajian melibatkan 150 orang warga tua yang berumur 60 tahun ke atas. Data deskriptif dan inferensi adalah berdasarkan pengujian regresi berganda. Kajian ini memberi tumpuan kepada faktor pengangkutan awam yang mempengaruhi kualiti hidup warga tua, mengkaji hubungan faktor yang mendorong kualiti hidup warga tua, dan mencadangkan langkah memperkasa kesejahteraan sosial warga tua. Hasil analisis mendapati hubungan kekeluargaan dipengaruhi oleh faktor pengantara lain bagi menjamin kualiti hidup mereka. Faktor tersebut antaranya, ialah pengangkutan awam. Hasil kajian ini telah membuktikan faktor pengangkutan awam memainkan peranan utama dalam menjamin kualiti hidup warga tua. Penemuan ini menjelaskan pentunjuk penting terhadap pembentukan penduduk warga tua yang lebih sejahtera dan boleh menjadi intipati kepada perancangan atau kertas polisi masa akan datang. Pemerkasaan warga tua secara menyeluruh bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup mereka, serta mengurangkan kebergantungan kepada pihak kerajaan dalam menjalani kehidupan seharian.

Item Type:Article
Keywords:Bandar; Hubungan keluarga; Kesejahteraan; Kualiti hidup; Penuaan; Warga tua
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:24382
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Oct 2024 07:53
Last Modified:18 Oct 2024 10:11

Repository Staff Only: item control page