Ahmad Fairuz Ahmad Bustamam, and Azima Abdul Manaf, and Nurul Amira Abdul Wahab, (2024) Impak pembangunan semula perumahan awam terhadap kualiti hidup penduduk di Perumahan Awam Razak Mansion, Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 20 (3). pp. 185-204. ISSN 2180-2491
PDF
776kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Abstract
Pada masa kini, kerajaan sedang berusaha membangunkan semula beberapa buah kawasan perumahan awam yang lama dan usang bagi memenuhi permintaan rumah yang semakin tinggi dan mendesak bagi penduduk terutama di kawasan bandar. Pembangunan semula yang dijalankan bagi memenuhi keperluan penduduk untuk meningkatkan kualiti hidup, persekitaran sihat keselamatan dan kehidupan yang kondusif. Namun pembangunan semula didapati telah memberi kesan negatif terhadap penduduk yang terlibat. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis impak perubahan kualiti hidup penduduk terlibat kesan dari projek pembangunan semula yang dijalankan. Tiga faktor utama kualiti perumahan yang dinilai adalah faktor fizikal, sosioekonomi dan sosiobudaya. Pengumpulan data kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik. Seramai 219 orang responden terdiri daripada penduduk yang terlibat dalam pembangunan semula di perumahan awam Razak Mansion, Kuala Lumpur telah dipilih melalui kaedah persampelan bukan kebarangkalian iaitu bertujuan dan teknik persampelan bola salji. Seterusnya, data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS versi 28). Analisis kajian ini mendapati dua faktor utama yang memberi impak positif terhadap kualiti penduduk terlibat selepas pembangunan semula ialah faktor fizikal dan sosioekonomi berbanding dengan kualiti hidup mereka di kawasan perumahan lama. Faktor sosiobudaya pula menunjukkan perubahan yang negatif. Penduduk tidak berpuas hati dengan elemen seperti kejiranan, modal sosial dan budaya yang musnah akibat pembangunan semula. Implikasinya, dapatan kajian boleh membantu agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam menggubal dasar-dasar berkait aspek impak pembangunan semula khususnya dari segi faktor sosiobudaya yang terkesan dan membina semula hubungan sosial yang musnah dengan program-program kemasyarakatan yang berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesejahteraan sosial; Kualiti hidup; Kualiti perumahan; Pembangunan; Pembangunan semula; Perumahan awam |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 24387 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 14 Oct 2024 07:53 |
Last Modified: | 18 Oct 2024 10:10 |
Repository Staff Only: item control page