Impak latihan di tempat kerja terhadap upah pekerja warga emas

Ravikumar Suppiah, and Hazrul Izuan Shahiri, and Wye, Chung Khain and Mohd Nasir Mohd Saukani, (2024) Impak latihan di tempat kerja terhadap upah pekerja warga emas. Jurnal Ekonomi Malaysia, 58 (2). ISSN 0127-1962

[img] PDF
406kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.17576/JEM-2024-5802-4

Abstract

Artikel ini mengkaji impak latihan di tempat kerja (OJT) terhadap upah pekerja warga emas di Malaysia, dengan memberikan tumpuan kepada perbezaan upah antara pekerja terlatih dengan pekerja tidak terlatih di kawasan Lembah Klang. Data dikutip menerusi kajian tinjauan bermula April sehingga Julai 2023, melibatkan 162 pekerja berusia 60 hingga 74 tahun dari sektor awam dan swasta menggunakan analisis regresi dua peringkat. Hasil kajian mendapati bahawa walaupun OJT tidak memberikan impak yang signifikan secara keseluruhan terhadap upah pekerja warga emas, ia mempunyai impak positif yang ketara terhadap mereka yang berpendidikan tinggi, mahir, dan bekerja sepenuh masa. Penemuan ini, bersama dengan teori modal manusia, menekankan tentang kepentingan pelaburan awal terhadap modal manusia untuk membuka peluang latihan dan upah yang lebih baik dalam ketika hari tua. Untuk mempromosikan tenaga kerja warga emas yang mahir dan memastikan bahawa warga emas terus menjadi penyumbang aktif kepada tenaga kerja, pembuat dasar dan majikan perlu memberikan keutamaan kepada pembangunan strategi OJT yang komprehensif, khususnya terhadap persekitaran kerja pasca-persaraan.

Item Type:Article
Keywords:Latihan di tempat kerja; Warga emas; Upah; Lembah Klang; Pasca-persaraan
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:24429
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:21 Oct 2024 02:09
Last Modified:22 Oct 2024 08:38

Repository Staff Only: item control page