Nur Zahidah Che Mohamed, and Mohd Nazri Ahmad, and Nor Syamimi Mohd, (2024) Lokasi arkeologi dalam al-Quran: analisis berdasarkan ayat makki dan madani. Jurnal Hadhari, 16 (1). pp. 17-37. ISSN 1985-6830
PDF
459kB |
Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1723
Abstract
Di dalam al-Quran, terdapat pelbagai cabang ilmu yang boleh didapati. Antaranya adalah berkaitan ilmu mu’amalat, munakahat, akidah, sirah, sains, matematik, geologi dan fizik. Adapun ilmu-ilmu ini hanya akan boleh didapati setelah pengkajian yang mendalam dilakukan. Dalam pada itu, kajian berkaitan lokasi arkeologi yang disebutkan di dalam al-Quran belum dikaji secara mendalam dan menyeluruh oleh para sarjana. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji lokasi arkeologi yang terdapat di dalam al-Quran berdasarkan surah makki dan madani. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Data dikumpul secara analisis dokumen dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa lokasi arkeologi yang disebutkan di dalam al-Quran ini terbahagi kepada dua iaitu lokasi yang dinyatakan secara jelas kedudukannya dan lokasi yang tidak dinyatakan secara tidak jelas pada zahir makna ayat. Dari sudut pandangan ahli tafsir berkaitan lokasi arkeologi, kajian mendapati tidak terdapat banyak khilaf dalam kalangan mereka dan khilaf tersebut dapat diharmonikan antara satu sama lain. Penyusunan lokasi-lokasi arkeologi berdasarkan pembahagian surah makki dan madani adalah salah satu cara untuk memudahkan pembaca al-Quran dan pengkaji lokasi arkeologi untuk memanfaatkan lokasi yang disebutkan di dalam al-Quran. Kajian ini memberi implikasi kepada para pengkaji dan masyarakat agar dapat mengetahui kepentingan sesebuah lokasi bagi menafikan bahawa al-Quran itu adalah rekaan semata.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Lokasi arkeologi; Geografi; Makki dan madani; Tafsir maudhu’I; Sirah nabi |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 24433 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 21 Oct 2024 07:54 |
Last Modified: | 21 Oct 2024 07:54 |
Repository Staff Only: item control page