Perkembangan program pemulihan agama remaja di penjara

Mohammad Ikhwan Ismail, and Norrodzoh Siren, and Yusmini Md Yusoff, (2024) Perkembangan program pemulihan agama remaja di penjara. Jurnal Hadhari, 16 (1). pp. 135-155. ISSN 1985-6830

[img] PDF
561kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1723

Abstract

Program pemulihan agama di penjara merupakan sebahagian daripada program pemulihan utama yang dilaksanakan di penjara Malaysia. Pada awal perkembangan pemulihan di penjara untuk remaja, mereka dipenjarakan bersama tahanan dewasa. Percampuran tahanan remaja dan banduan dewasa ini menimbulkan pelbagai masalah kepada tahanan remaja seperti melambatkan proses meninggalkan tabiat buruk, masalah kesihatan mental, meningkatkan risiko residivis, merendahkan peluang untuk kembali ke sekolah dan mengurangkan peratus kejayaan dalam alam pekerjaan. Oleh itu, kajian ini menganalisis sejarah perkembangan program pemulihan agama di penjara, kurikulum dan pengisian serta peranannya dalam membantu memulihkan tahanan, terutamanya untuk remaja. Hasil kajian mendapati perkembangan program pemulihan agama di penjara amat pesat dan bertambah baik sejak awal penubuhannya sehinggalah sekarang. Program pemulihan agama tidak terhad dengan aktiviti ibadah semata-mata namun telah dibangun dan disusun dengan mempunyai pelbagai bentuk modul dan kemudahan. Perkembangan yang baik ini melambangkan kesungguhan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dalam melaksanakan program pemulihan agama serta kepentingannya dalam membantu menjayakan pemulihan tahanan. Kesimpulannya, program pemulihan agama di penjara telah berada di suatu tahap yang membanggakan namun sentiasa ada penambahbaikan bagi memperkukuhkan pelaksanannya.

Item Type:Article
Keywords:Program pemulihan agama; Remaja; Penjara
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:24440
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:22 Oct 2024 01:14
Last Modified:22 Oct 2024 01:14

Repository Staff Only: item control page