Persepsi masyarakat tempatan terhadap isu buruh asing dari aspek keselamatan: kajian kes di Pulau Pinang

Afira Shafarina Mohamed Shafari, and Fatin Umaira Muhamad Azian, (2024) Persepsi masyarakat tempatan terhadap isu buruh asing dari aspek keselamatan: kajian kes di Pulau Pinang. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (3). pp. 1-17. ISSN 2600-9501

[img] PDF
264kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Dalam meniti arus pemodenan, perkembangan dalam pembangunan amat dititikberatkan dari pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial, politik dan juga persekitaran. Hal ini dikatakan kerana, kepesatanekonomi yang berlaku ini secara tidak langsung telah meningkatkan peluang pekerjaan, namunkeadaan ini telah menyebabkan ramai warga asing berhijrah untuk bekerja bagi memperolehpendapatan yang lebih lumayan. Peningkatan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) ke dalamnegara Malaysia telah menyebabkan pelbagai masalah timbul dari aspek sosial khususnyaaspekkeselamatan. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi rakyat tempatan terhadapisuwarga asing dari aspek keselamatan serta membincangkan tindakan pihak yang terlibat dalammembanteras masalah yang berpunca daripada warga asing. Bagi mencapai objektif kajianini, pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada150 orang responden yang merupakan penduduk tempatan Pulau Pinang. Hal ini dikatakan kerana, PulauPinang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan kajian lebih-lebih lagi apabila ia merupakanantara negeri perindustrian yang banyak menawarkan peluang pekerjaan. Bagi kajian ini, data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS). Kajian yang dijalankan ini mendapati bahawa hampir keseluruhan penduduk PulauPinang bersetuju bahawa kemasukan warga asing secara berlebihan akan memberi kesan yangnegatif kepada keselamatan rakyat. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam membantu meminimumkan masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan mengenai isu warga asing yang mengancam keselematan mereka.

Item Type:Article
Keywords:Keselamatan; Buruh asing; Persepsi; Penduduk tempatan; Tindakan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:24453
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:28 Oct 2024 01:40
Last Modified:30 Oct 2024 01:16

Repository Staff Only: item control page