Kebergantungan khalayak terhadap kreativiti kandungan kecantikan tiktoker di Malaysia

Sharifah Nurhanni Fasihah Wan Narudin, and Mohd. Nor Shahizan Ali, (2024) Kebergantungan khalayak terhadap kreativiti kandungan kecantikan tiktoker di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (3). pp. 1-19. ISSN 2600-9501

[img] PDF
273kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Populariti penggunaan aplikasi TikTok semakin meningkat naik berbanding aplikasi media sosial yang lain. Kekerapan menonton kandungan di TikTok seperti kandungan kecantikan menimbulkan pelbagai kesan kepada penggunanya. Kelebihan pada aplikasi TikTok ini mempengaruhi khalayak untuk terus mendokong sehingga timbul sikap kebergantungan terhadap platform media sosial TikTok. Oleh itu, kajian ini mengenal pasti kesan kebergantungan khalayak dan kreativiti kandungan kecantikan Tiktoker di Malaysia sertahubungan kesan-kesan kebergantungan khalayak terhadap kreativiti kandungan kecantikanTiktoker di Malaysia. Teori Kebergantungan Media (Theory of Media Dependency) digunakan dalam menjalankan kajian ini untuk menilai hubungan kesan kebergantungan khalayak terhadap kreativiti kandungan kecantikan Tiktoker. Kajian ini mengaplikasikan kajian deskriptif kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 384orang responden telah dipilih secara rawak dalam kalangan pengikut akaun TikTok @shahiraazlan. Hasil kajian menunjukkan kesan perasaan (Afektif) dan kreativiti kandungan kecantikan berada pada tahap tinggi manakala pengetahuan (Kognitif) dan tingkah laku padatahap sederhana tinggi. Keputusan analisis korelasi menunjukkan kesan kebergantungan khalayak mempunyai hubungan positif terhadap kreativiti kandungan kecantikan Tiktoker dengan pemboleh ubah perasaan mempunyai hubungan yang lebih kuat diikuti tingkah laku dan pengetahuan. Implikasi kajian ini menyokong Teori Kebergantungan Media, apabila terdapat satu hubungan penting dalam kalangan khalayak, media dan sistem sosialnya. Dalamerti katalain, penghasilan kandungan kecantikan Tiktoker memerlukan kesan kebergantungan khalayak dan media TikTok. Secara keseluruhan perasaan suka terhadap kandungan yang dihasilkan di TikTok menyebabkan kebergantungan kepada khalayak yang membawa sumbangan besar ke arah perubahan sistem sosial dalam konteks kesedaran kecantikan.

Item Type:Article
Keywords:Media sosial TikTok; Teori kebergantungan media; Kreativiti kandungan; Tiktoker; Kuantitatif
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:24458
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:28 Oct 2024 02:22
Last Modified:30 Oct 2024 01:24

Repository Staff Only: item control page