Dasar ekonomi Madani dan kreativiti dalam novel neon

Nur Asyiqin Ibrahim, and Mawar Safei, (2024) Dasar ekonomi Madani dan kreativiti dalam novel neon. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (3). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img] PDF
258kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Kesusasteraan rata-rata menjadi wadah penyampaian ilmu kepada khalayak, termasuk pernyataan tentang ekonomi. Pengarang Imaen memanfaatkan novel Neon (2018) sebagai alat untuk mengapresiasi ilmu ekonomi yang secara tidak langsung merupakan idiosinkrasi pengarang. Latar belakang pengarang sebagai graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya dan seorang pengusaha Jemari Seni Publication, menguatkan hujahan ekonomi yang dibangunkan. Fokus penceritaan ini memberatkan kelangsungan hidup watak Neo yang dilanda masalah kewangan kesan kesenjangan ekonomi negara. Kajian ini tertumpu kepada gambaran sosioekonomi dalam Neon berdasarkan rukun Madani dan menghurai cabaran ekonomi Madani dalamNeon. Kajian kepustakaan diaplikasi untuk memperoleh bahan dan data. Hasil perbincangan tertumpu pada tema, watak, latar dan laras bahasa ekonomi. Kerangka ekonomi Madani yang terdiri daripada enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan dihubung kait dengan peranan watak dalam sosioekonomi. Kerumitan, percanggahan dan kekacauan merupakan halangan dalam kerangka Madani yang menjadi teras interpretasi cabaran ekonomi yang dihadapi watak dalam novel. Kekreatifan Imaen menyadur ekonomi dalam sastera menyumbang idea tinjauan ini. Penulisan ini menfokuskan pengamatan terhadap kreativiti dan strategi naratif Neon dengan melihat peranan dan reaksi watak-watak dalam sebuah ekonomi berdasarkan penyesuaian kerangka dasar ekonomi Madani.

Item Type:Article
Keywords:Ekonomi; Kerangka ekonomi Madani; Kesusasteraan Melayu; Novel Neon; Novelis Imaen
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:24461
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:28 Oct 2024 02:33
Last Modified:30 Oct 2024 01:35

Repository Staff Only: item control page