Makanan tradisional masyarakat Melayu Kelantan dan Peranakan Siam Kelantan

Siti Nor Alia Farhana Saidi, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, (2024) Makanan tradisional masyarakat Melayu Kelantan dan Peranakan Siam Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (3). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img] PDF
225kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Artikel ini mengenai makanan tradisional masyarakat Melayu Kelantan dan peranakan Siam Kelantan. Kajian ini bersifat perbandingan antara makanan tradisional kedua-dua masyarakat ini. Makanan tradisional merujuk kepada makanan diperbuatkan yang berasaskan bahan seperti beras. Permasalahan kajian memperlihatkan penggunaan bahan beras dalam sebagai bahan utama menghasilkan makanan tradisional. Objektif kajian ini mengenai bahan beras yang menjadi bahan utama dalam menghasilkan laksa dan laksam. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif yang berasaskan etnografi. Kajianini mengaplikasikan kaedah pemerhatian dan kaedah kepustakaan. Kaedah pemerhatiandipilih sesuai untuk memerhati dalam pemilihan bahan beras untuk menghasilkan laksa dan laksam. Kaedah kepustakaan sebagai menyokong kepada penggunaan data sekunder dalamkajian ini. Kajian ini telah memilih teknik analisis tematik apabila didapati sesuai untuk menyaring dan memisahkan data mentah kajian mengikut keperluan objektif kajian. Hasil dapatan kajian telah menemukan bahawa, makanan tradisional masyarakat Melayu Kelantan dan Peranakan Siam Kelantan mempunyai penggunaan beras sebagai bahan utama dalam perbuatan laksa dan laksam. Justeru kajian ini diharap dapat memberi pengetahuan yang baharu kepada generasi muda dan amnya peminat laksa dan laksam.

Item Type:Article
Keywords:Beras; Laksam; Laksa; Melayu Kelantan; Peranakan Siam Kelantan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:24463
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:28 Oct 2024 02:41
Last Modified:30 Oct 2024 01:38

Repository Staff Only: item control page