Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah di Malaysia

Tan, Chai Wei and Yong, Kin Ngai and Tan, Houi Ying (2023) Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah di Malaysia. Current Legal Issues, 5 . pp. 28-39. ISSN 2550-1704

[img] PDF
696kB

Official URL: https://www.ukm.my/cli/2023-5-cli/

Abstract

Sejak berabad-abad lamanya sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu sudah menjadi lingua franca di Kepulauan Melayu, terutamanya dalam urusan perdagangan. Bahasa ini kemudian menjadi bahasa kebangsaan Malaya dan Malaysia sejak abad ke-20. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Malaysia, kedudukannya sebagai bahasa mahkamah memerlukan perbincangan yang lebih mendalam kerana kerana sistem perundangan Malaysia yang bersifat dwibahasa. Hal ini bermakna bahawa selain bahasa Melayu, bahasa Inggeris juga merupakan bahasa yang cukup penting di dalam Mahkamah di Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk menerangkan penggunaan bahasa Melayu di dalam Mahkamah menurut statut yang relevan. Kedudukan bahasa yang digunakan sebagai bahasa mahkamah di bidang kuasa common law yang lain juga akan diteliti dan dibandingkan dengan Malaysia. Akhirnya, artikel ini akan menganalisis kepentingan penggunaan bahasa Melayu di dalam Mahkamah di Malaysia, cabaran yang dihadapi serta cadangan untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa undang-undang.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Bahasa mahkamah; Bahasa kebangsaan; Prosiding mahkamah
Journal:Current Legal Issue
ID Code:24466
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:01 Nov 2024 04:55
Last Modified:06 Nov 2024 00:41

Repository Staff Only: item control page