Kesan jangkitan virus Sauropus yellowing (SaYV) kepada anatomi daun Sauropus androgynus (L.) merr.

Noraini Talip, and Raj Kumar, and Hamidun Bunawan, and Mohamad Ruzi Abdul Rahman, and Nordahlia Abdullah Siam, and Syazwani Basir, (2024) Kesan jangkitan virus Sauropus yellowing (SaYV) kepada anatomi daun Sauropus androgynus (L.) merr. Sains Malaysiana, 53 (9). pp. 2045-2055. ISSN 0126-6039

[img] PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num9_...

Abstract

Kajian anatomi perbandingan daun dilakukan ke atas daun Sauropus androygnus yang dijangkiti virus Sauropus yellowing (SaYV). Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti ciri anatomi daun yang dijangkiti virus SaYV dan daun sihat (kawalan) serta menentukan ciri anatomi yang berubah dengan jangkitan virus SaYV. Kajian melibatkan keratan rentas lamina, petiol dan tepi daun menggunakan mikrotom gelongsor, teknik penjernihan untuk peruratan dan siatan epidermis untuk epidermis adaksial dan abaksial daun. Hasil kajian menunjukkan pengurangan peratusan pigmen klorofil pada lamina dan tepi daun, hiperplasia tisu vaskular pada tulang daun dan petiol, hiperplasia sel kolenkima dan pertambahan kepadatan hablur drus pada berkas vaskular lamina, tulang daun dan tisu mesofil. Terdapat kerosakan pada urat sekunder dan tertier daun akibat jangkitan virus. Hasil cerapan pada epidermis abaksial daun dijangkiti menunjukkan ketumpatan dan indeks stoma (SI) yang rendah berbanding daun sihat. Kajian ini membuktikan berlaku pengubahsuaian ciri anatomi S. androygnus akibat jangkitan virus SaYV sebagai respons terhadap jangkitan virus. Hasil kajian dapat memberi manfaat kepada pengusaha pertanian dan boleh menjadi rujukan dalam pengurusan penyakit pertanian terutama untuk kawalan penyakit pada awal jangkitan virus.

Item Type:Article
Keywords:Bahan ergastik; Cekur manis; Mekanisme pertahanan tumbuhan; Patogen tumbuhan; Simptomatik
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24485
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:12 Nov 2024 03:05
Last Modified:12 Nov 2024 03:05

Repository Staff Only: item control page