Suraya Fadilah Ramli, and Noriszura Ismail, and Zaidi Isa, and Halim Shukri Kamaruddin, (2024) Peramalan tempoh persaraan pekerja di Malaysia 2001-2047. Sains Malaysiana, 53 (9). pp. 3011-3019. ISSN 0126-6039
PDF
395kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num9_...
Abstract
Kajian ini meramal kadar penyertaan tenaga buruh di Malaysia melalui model stokastik dengan kesan kohort, iaitu suatu kaedah yang menawarkan perspektif baharu berbanding analisis kumpulan umur tradisional. Unjuran kadar ini kemudiannya diaplikasi untuk menganggar jangkaan tempoh persaraan bagi pekerja berumur 20 tahun. Secara khususnya, trend kritikal bagi kadar penyertaan pekerja lelaki dan wanita di Malaysia, berserta unjuran yang menjangkau tahun 2047, diperoleh dengan memanfaatkan model Renshaw-Haberman dan model Plat. Keputusan kajian menunjukkan penurunan dalam unjuran kadar penyertaan buruh lelaki bagi tempoh 2018 hingga 2047, manakala bagi buruh wanita pula, kadar penyertaan buruh meningkat dengan mendadak pada peringkat awal sebelum menunjukkan penurunan di akhir tempoh peramalan. Jangkaan tempoh persaraan bagi kedua-dua jantina pula menunjukkan peningkatan, dengan pesara wanita mengalami pelanjutan tempoh yang lebih besar, iaitu daripada 6 tahun pada tahun 2001 kepada 12 tahun pada tahun 2047. Kajian ini mendedahkan keperluan untuk pembaharuan pencen di Malaysia kerana sistem sedia ada mungkin gagal untuk menampung tempoh persaraan yang lebih panjang disebabkan kadar kematian yang semakin menurun dan kadar penyertaan tenaga kerja yang menunjukkan peralihan. Keputusan kajian mengenai kesan umurkhusus dan kesan kohort bagi kadar penyertaan tenaga buruh menunjukkan bahawa dasar pencen yang adaptif diperlukan supaya boleh bertindak balas terhadap populasi yang semakin menua dan kadar penyertaan buruh yang beralih.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Model stokastik; Panjang umur; Penyertaan tenaga buruh; Persaraan; Ramalan; Tenaga kerja |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 24490 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 12 Nov 2024 03:44 |
Last Modified: | 12 Nov 2024 03:44 |
Repository Staff Only: item control page