Siti Nur Izzaty Salit, and Harishon Radzi, and Siti Noraini Hamzah, (2024) Pengekalan dan peralihan dialek di Baling, Kedah: Kajian GIS. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (3). pp. 50-68. ISSN 2289-4268
PDF
996kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Abstract
Bahasa merupakan sesuatu yang boleh berubah-ubah kerana digunakan oleh masyarakatnya mengikut keperluan dan peredaran masa. Perubahan bahasa perlu dipantau oleh pengguna bahasa yang memainkan peranan penting dalam aspek kekal atau beralihnya sesebuah bahasa itu. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji varian bunyi dan leksikal bagi /cantik/ dan /comot/ untuk memperlihatkan fenomena pengekalan dan peralihan bahasa dalam dialek Baling, Kedah dengan berbantukan perisian Geographical Information System (GIS). Kajian ini merupakan sebuah kajian lapangan yang menggunakan kaedah kualitatif dalam mengumpul, mengolah dan menganalisis data. Kajian turut menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual tidak berstruktur bagi mendapatkan data primer daripada responden. Seramai 100 orang responden telah disaring dan dipilih untuk sesi temu bual. Kawasan kajian meliputi lapan mukim dengan 16 kampung di daerah Baling. Data dianalisis secara huraian deskriptif peratusan dan menggunakan perisian GIS. Hasil kajian menemukan beberapa varian bagi /cantik/ seperti [molɛʔ], [lɑwɑ], [lɑwɔ], [tʃɑnteʔ], [segɑʔ], [dʒɑŋɔʔ] dan [tʃome] manakala varian bagi leksikal /comot/ seperti [bələmoç], [kotɔ], [kotɔʔ], [bələmoh], [dɑmuh], [bələmuç], [bəloteŋ] dan [tʃomoʔ]. Melalui dapatan kajian, satu rumusan dapat dilakukan, iaitu generasi muda telah beralih dialeknya kepada dialek-dialek lain di samping berlakunya peralihan dialek kepada bahasa Melayu standard dalam beberapa leksikal yang dikaji. Berbeza pula dengan generasi tua yang dilihat masih mengekalkan dialek seperti yang ditunjukkan dalam varian leksikal kajian. Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan faktor bukan linguistik yang menjadi pelengkap kepada fenomena kekal atau beralihnya sesuatu dialek itu di sesebuah kawasan, khususnya di Baling, Kedah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengekalan bahasa; Peralihan bahasa; Geolinguistik; Kata Adjektif; Dialek Kedah |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 24512 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 18 Nov 2024 07:59 |
Last Modified: | 18 Nov 2024 07:59 |
Repository Staff Only: item control page