Sharifah Hamizah Syed Omar, and Nur Nafhatun Md Shariff, and Baharrudin Zainal, and Zety Sharizat Hamidi, (2024) Takwim Hijrah Pramoden Alam Melayu sebagai mekanisme sains, agama dan sosio-budaya. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (3). pp. 95-106. ISSN 2289-4268
PDF
962kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Abstract
Perkembangan Islam di Alam Melayu menyebabkan takwim Hijrah telah digunakan secara meluas sebagai sistem takwim. Penyebaran Islam oleh ulama Timur Tengah dan proses pengajian ulama tempatan di sana memberi pengaruh besar terhadap penggunaan sistem takwim Hijrah. Takwim Hijrah merupakan simbol kekuatan Islam dalam mengurus masa dan waktu-waktu ibadah. Konsep pembentukan takwim Hijrah pramoden terbahagi kepada dua kaedah iaitu hisab istilahi dan hakiki. Hisab istilahi adalah kaedah hitungan purata peredaran Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari. Manakala kaedah hakiki ialah hitungan kedudukan sebenar Bulan dan Matahari bagi mendapatkan data kenampakan hilal dengan tepat. Penggunaan pertama takwim Hijrah dalam bentuk jadual adalah menerusi manuskrip Jadual Bulan ‘Arabi, Masuk Bulan Orang Putih oleh Sa`id Ibn al-Marhum Engku Haji Ahmad (1321H/1903M). Objektif kajian ini untuk menentusahkan fungsi kalendar Hijrah pramoden sebagai mekanisme sains, agama dan sosiobudaya di Alam Melayu. Metodologi kualitatif bersifat kepustakaan melibatkan pengumpulan dan analisis data daripada koleksi kalendar tahunan pramoden pada awal abad ke-20M. Dapatan kajian ini menyatakan bahawa takwim Hijrah pramoden telah memenuhi fungsi sebagai mekanisme sains, agama dan sosio-budaya berdasarkan maklumat yang dipaparkan pada kalendar. Antara maklumat tersebut iaah unit takwim, musim, cuaca, peristiwa penting dalam sejarah Islam, nasihat kesihatan dan sebagainya. Kesimpulannya, maklumat yang terkandung dalam kalendar Hijrah pramoden tentang sains, agama dan sosiobudaya perlu dikekalkan dalam kalendar Hijrah kontemporari sebagai ilmu falak am dan bukti kearifan tempatan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Falak; Takwim Hijrah; Sains; Sosio-Budaya; Agama |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 24515 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 18 Nov 2024 07:59 |
Last Modified: | 18 Nov 2024 07:59 |
Repository Staff Only: item control page